FIRST PRIMIGRAVIDA MOM BUKA BUKU PINK 💖

27/04/2026 (ISNIN) First time buka buku pink… ingatkan ikut nombor giliran je 😭 Rupanya lepas isi semua, kena letak buku pink dalam bakul ikut bilik… masalahnya TAK ADA SIAPA BAGITAHU 🥲 Saya tunggu 2–3 jam, hampir nak pengsan… last sekali nurse cakap “dah panggil banyak kali, kenapa tak datang?” 😭 Baru tahu rupanya kena pergi klinik sebelah. Saya pula tunggu di klinik ibu dan anak… memanglah tak dengar kalau nurse panggil dari sana 😭 Serius, first time mom macam saya memang blur dengan flow KK… rasa fed up pun ada, sedih pun ada. Tapi syukur Alhamdulillah, semua check up ok buat masa ni 🤍 Harap untuk appointment seterusnya pun berjalan lancar, supaya tak terlalu stress nak datang check up lagi. Btw, seumur hidup saya tak pernah pergi KK atau hospital kerajaan… ini memang pengalaman pertama saya 🥺 Ada tak mommies yang boleh share flow sebenar dekat KK macam mana? Supaya saya lebih faham. Atau memang kena selalu tanya nurse? Saya risau nak ganggu sebab nampak mereka busy dengan patient lain… jadi tadi saya cuma tunggu je dipanggil 🥲 #sesicurhat #maafmommies #sayastress

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya faham perasaan awak. Yg bagi respon supaya "rajin bertanya" tu tak salah tapi saya nak tambah memang salah bila NURSE SENDIRI TAK JELASKAN PROCEDURE SECARA TERANG-TERANGAN. Sebagai contoh saya dulu, nurse beritahu 'esok awak jumpa doktor' tapi rupa-rupanya sebelum jumpa doktor kena ambil urine dan darah 🤣. Itu belum lagi kena dengan nurse yang saling misscomunication, kita yang jadi mangsa! Jadi ya, awak kena rajin bertanya dan lepas nurse tulis siap2 dalam buku awak tanya ini apa itu apa. Saya punya result gula apa semua diaorg tak tulis selagi saya tak questioning. KKM pun satu hal procedure banyak gila sampai membebankan petugas.

Đọc thêm