Spotting Coklat Pada Minggu Ke 5 Kehamilan
Saya mengandung selama 5 minggu. 17/2/2022 - Pada minggu ke-4 saya dapati terdapat spotting coklat apabila mengelap pada bahagian vagina (dalam kuantiti sederhana). Ujian mengandung mendapati saya dua garis (samar samar). Doktor sarankan saya bedrest dan makan 2 kali sehari ubat utrogestan bagi kuatkan rahim. Kesan pengambilan ubat tersebut menyebabkan saya pening dan mengantuk sangat. Saya telah makan ubat tersebut selama 4 hari. 21/2/2022 - Pada minggu ke-5, saya tidak makan ubat tersebut pada waktu pagi atas faktor kerja yang memerlukan fokus. Saya dapat masih terdapat spotting coklat (dalam kuantiti sedikit) apabila mengelap di bahagian vagina. Namun begitu ujian mengandung mendapati 2 garis tersebut semakin jelas berbanding 17/2/2022 Semakin hari spotting coklat semakin sedikit tetapi masih ada. Soalan saya : Adakah spotting coklat ini berbahaya untuk kandungan awal? Atau normal? Ada kesan sampingan pening dan mengantuk apabila Utrogestan diambil melalui vagina? #ingintahu #firstbaby #pleasehelp #bantusharing
Đọc thêm