Sebelum ni saya pernah post berkenaan anak saya lambat bercakap waktu dia umur setahun tapi saya kena kecam dengan sorang mommy anak 10 dalam AP apps ni. Betul eh orang kata naluri ibu ni tepat. Kalau kita rasa ada benda yang tak kena dengan anak better get help. Saya tanya sebab saya clueless & I need help. Lepas kena kecam saya kemurungan. Takda lagi update pasal anak saya. Umur dia setahun setengah saya pergi jumpa Paed. Dia assume anak saya ada simptom mild autism. Saya tak jumpa pakar sebab taktau nak cari saluran yang betul macam mana. Kalau mommy2 dalam ni ada yang boleh bantu bagi info sangat dialu alukan. To me anak saya nampak normal except dia lambat bercakap & kurang interaksi. Cuma bila kita bagi arahan untuk mandi, buang sampah dalam tong sampah, basuh tangan semua tu dia boleh ikut. Maknanya dia faham tapi tak boleh nak reply in words. Esok sesi penilaian dia dekat satu pusat terapi ni. Semoga berjalan lancar. Saya tak harapkan perubahan yang banyak sebab kita faham budak autistic ni macam mana. #firstbaby #truestory #naluriibu #autistic
Đọc thêmSiapa pernah minum VCO masa preggy?
Hi mommies, nak tanya siapa penah ambil VCO masa preggy? Saya ada terbaca komen2 pengalaman ibu yang bersalin selepas ambil VCO ni banyak negatif feedback. Katanya kulit bawah jadi rapuh dan doctor nak jahit koyakan tu ambil masa sampai 3-4 jam. Betul ke? Tak kurang ada juga yang komen bersalin tanpa koyakan. 80% daripada komen tersebut yang saya baca semuanya cerita benda yang sama pasal kulit rapuh, koyak teruk dan sebagainya. Saya sekarang ni dalam dilemma samada nak teruskan minum VCO yang saya dah amalkan sepanjang saya pregnant sekarang ni atau tak? Dah lah saya beli 2 botol. 1 botol tu saya buat sapu2 perut je kalau kulit perut tegang. 1 lagi masih berbaki setengah botol. Harap mommies semua dapat share pengalaman masing2 dan macam mana nak control supaya tak jadi pengalaman ngeri macam ibu2 yang penah mengalami kulit rapuh seperti komen2 yang saya baca baru2 ni. FYI, anak 1st dulu saya tak penah ambil VCO. Ni baru nak ambil sebab orang cakap mudahkan bersalin. #mommybuntu #dalamdilema #kebaikanvco #pengalamanvco #vco #secondpregnancy
Đọc thêm