Siapa pernah minum VCO masa preggy?
Hi mommies, nak tanya siapa penah ambil VCO masa preggy? Saya ada terbaca komen2 pengalaman ibu yang bersalin selepas ambil VCO ni banyak negatif feedback. Katanya kulit bawah jadi rapuh dan doctor nak jahit koyakan tu ambil masa sampai 3-4 jam. Betul ke? Tak kurang ada juga yang komen bersalin tanpa koyakan. 80% daripada komen tersebut yang saya baca semuanya cerita benda yang sama pasal kulit rapuh, koyak teruk dan sebagainya. Saya sekarang ni dalam dilemma samada nak teruskan minum VCO yang saya dah amalkan sepanjang saya pregnant sekarang ni atau tak? Dah lah saya beli 2 botol. 1 botol tu saya buat sapu2 perut je kalau kulit perut tegang. 1 lagi masih berbaki setengah botol. Harap mommies semua dapat share pengalaman masing2 dan macam mana nak control supaya tak jadi pengalaman ngeri macam ibu2 yang penah mengalami kulit rapuh seperti komen2 yang saya baca baru2 ni. FYI, anak 1st dulu saya tak penah ambil VCO. Ni baru nak ambil sebab orang cakap mudahkan bersalin. #mommybuntu #dalamdilema #kebaikanvco #pengalamanvco #vco #secondpregnancy