27th Sept 2018_hardest day in my life
Last year, time ni air ketuban leaking ketika hamil 5bulan. Anak syurgaku meninggalkan kami selepas 12jam lebih bertarung di hosp. Tak sempat saya pegang dia. Doktor tunjuk dkt saya. Tapi saya tak dukung dia. Blur. Saya xtau nak buat apa. Menyesal saya. Until now i still can see his face. Such a perfect baby. Tak mcm premature pun. He looks so complete. Just in small size 500gm. My strong husband do all last ritual. Such a strong man. He go through all this alone. To witness till last ritual need a strong heart indeed. Thank you for being my pillar pa. My son was fair as me, tall as my husband. Head full of hair. Peaceful baby face. But saya tak dukung dia pun. I asked myself why.......... i dont know.............. i cried........ it was so painful. Im sorry aiya.... im so sorry. Pls forgive me. Now im pregnant again. 31weeks. Baby boy. I prayed that you will come back to me. I believe you are now with me. Much healthier... much smarter.... much stronger. Every kick that i feel now is my booster to move on. Im sorry aiya for not even carry u once. I love u baby. ? #myheavenbaby #myfirstbaby
Đọc thêmSEMBELIT BAHAYA VS SEMBELIT TIDAK BAHAYA
Secara amnya, jika seseorang itu mengalami kesukaran buang air besar bersama-sama dengan rasa sakit pada bahagian abdomen, ia mungkin tanda yang bahaya. Doktor mungkin akan memberikan ubat pelawas bagi memudahkan buang air besar. Jika najis dapat dikeluarkan, mungkin masalah sembelit itu tidak berbahaya. Secara amnya masalah sembelit menunjukkan tanda yang berbahaya apabila ia berlangsung melebihi dua minggu atau mengalami rasa memulas-mulas bersama dengan masalah sembelit. Atau masalah sembelit ini kerap berulang, dan hanya dapat membuang air besar itu hanya selepas mengambil ubat pelawas, ia mungkin tanda bagi penyakit berbahaya. Bagi individu yang mengalami masalah diabetes, multiple sclerosis atau pakinson’s, selalunya masalah sembelit berlaku bersama dengan masalah saraf yang lain, seperti masalah kebas tangan, lemah anggota atau kesukaran berkaitan membuang air kecil. Salah satu tanda berbahaya ialah apabila terdapat darah pada najis. Ia mungkin tanda kanser usus, sama ada kanser kolon atau kanser rectum. Oleh itu, saya sering memberitahu pesakit saya, jika berumur lebih 50 tahun, sembelit yang menyebabkan najis bercampur dengan darah, berkemungkinan besar, bukan penyakit buasir. Buasir adalah penyakit yang tidak berbahaya. Ia hanya disebabkan oleh saluran darah yang mengembang pada sekeliling lubang dubur. Oleh itu ramai yang terlepas pandang, dan menyangka najis yang bercampur darah itu buasir, tetapi sebenarnya adalah tanda kanser usus besar. Oleh itu individu yang mengalami sembelit, yang berulang atau mengalami najis yang bercampur darah, terutama yang berumur 50an, dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut. Mereka tidak boleh hanya bergantung ubat pelawas saja. Saya bimbang masalah sembelit ini adalah tanda penyakit yang berbahaya itu, terutamanya kanser. Lambat mendapat rawatan yang sempurna akan menyebabkan penyakit kanser menjadi bertambah serius. Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan darah, pemeriksaan xray yang melibatkan penggunaan bahan barium (barium study) dan pemeriksaan colonoscopy yang melibatkan penggunaan kamera yang dimasukkan ke dalam usus. Dengan ini doctor dapat membezakan sama ada masalah sembelit itu adalah masalah yang serius dan berbahaya atau masalah yang tidak berbahaya. #HealthDrZubaidi
Đọc thêmSakit lutut & kaedah rawatan 'sendiri' ❌
Tuan2, dalam lutut ada pelbagai urat (ligamen) yang menstabilkan lutut kita. ACL, PCL, MCL, LCL & PLC. Jika urat lutut anda putus & lutut anda longgar, memang perlukan pembedahan untuk stabilkan kembali lutut anda. Urut, supplemen, produk sapu, bomoh tulang semuanya tak akan mampu sambung balik urat putus tu. Saya bukan angkuh & cuma bercakap benar. Memang ciptaan tuhan macam tu anatominya. Saya tak rugi satu sen pun jika anda tak ke hospital. Anda tak percaya, itu lutut anda. Lutut anda yang longgar & sakit nanti. Ambe kabor doh. #drmahyuddin #acl
Đọc thêm