Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mommy of two
Buku Mengandung Bajet
Saya buat buku minggu lepas tapi tak boleh la nak panggil buku pink atau buku merah. hihi. Klinik kt tempat saya takde stok buku pink. Dorang fotostat yang asal. Sadis betul. Hari first buku dah berlipat sana sini. Sampai hari bersalin nanti entah2 lunyai habis. Tapi tak apa, itu tak penting kan, yang penting doktor dapat buat pantauan kesihatan kita. Kepada ibu2 yang tengah hamil jaga diri baik2 dan kepda yang masih mencuba semoga ada rezeki untuk hamil tahun 2020 ni. Aamiin. :15/01/2020: :Wed:
Alah dengan bau suami.
Kesian en. somi sbb bila duduk dengan dia ja mesti mual2 pastu nak muntah. Kadang2 dia trasa juga. 3 4 hari ni dah start alahan takleh bau nasi, tak bau tumis2, bau reneh sup, Yang dapat telan susu ngn roti je. bau minyak wangi pon nak muntah. Paling kesian alah dengan bau suami. Ada tak tips untuk hilangkan rasa mual selain makan buah mangga atau asam2. ?
Mengandung Luar Rahim
Salam mummies semua. Ada tak sesiapa yang tahu atau pernah mengalami kandungan luar rahim? Sebelum ni doktor pakar ada nasihatkan saya dalam tiga bulan ni merancang dulu jangan pregnant lagi, takut kandungan luar rahim. Tapi lepas jumpa pakar2 tak tau nak lekat pulak. Cek kat klinik tadi positif tapi masih belum nampak apa2. Lagi dua minggu appointment untuk scan dan buat buku. Kalau kandungan tu normal size baby membesar dan akan nampak. Kalau masih tak nampak kemungkinan kandungan luar rahim. Dktr kira baru 4minggu 6hari tapi kalau ikutkan apps ni 5minggu 2hari.
August Baby
Salam dan hai semua. Ada tak mummy2 kat sini due date bulan ogos? Saya dah TTC dah hampir 9bulan dan dua bulan lepas saya dah tak ambik tahu pasal ovulate day, fokus nak turunkan berat badan je. Tapi dua tiga hari lepas sore breast, cepat letih dan tergerak hati nak test. Seronok tak terkira hanya Tuhan yang tahu. EDD : 27/08/2020