Nurul Amira Farhana profile icon
Kim cươngKim cương

Nurul Amira Farhana, Malaysia

Ahli VIPKontributor

Giới thiệu Nurul Amira Farhana

Hello !

Bài đăng(5)
Trả lời(23)
Bài viết(0)

9/4/2022 Al-Fatihah kepada insan pertama didalam rahimku.

1:30am- sakit cramp teruk sangat. Terus call parent utk ke emergency. 2:00am- doctor scan perut and nak buat urine test. Masa saya cangkung nak dapatkan urine, terkeluar seketul darah sebesar bola tennis. Allah 😨 saya terus ambik darah tu dan tanya nurse. Nurse cakap tu blood clot. 3:00am- saya terus ke bhgn sakit puan utk check up. Sakit mcm period cramp tp teruk sangat and tak berhenti. Saya taktahu tu sakit contractions sbb tak pernah pregnant dan beranak. Saya diam dan tahankan saja sakit tu. Bila check, baby dah dekat pangkal rahim 😢 Ya Allah luluhnya hati masatu. Doctor terpaksa keluarkan baby. Saya sedih + sakit contractions + sakit kena robek bhgn bawah 😭 4:30am- Doctor sahkan complete miscarriage dan kena warded sehari utk pemantauan. Sempat tengok baby dalam bekas. Ada kaki tangan mata 🥺 sedihnya rasa. Lepas selesai scan and ambik darah, jalan kaki dari bilik pemeriksaan ke ward. Terbongkok bongkok dah badan sebab rasa sakit + ngilu. Jauh juga berjalan. Parent saya suruh balik rumah utk uruskan bersahur dgn family. 5:30am- sampai katil ward and nak berehat. First time dalam hidup masuk ward. Katil lain semua penuh dgn ibu ibu yg tunggu masa nak beranak. Comel comel perut. Saya sorang sahaja admitted sebab gugur. Semua sedih tengok saya tapi tak apa, at least saya ada pengalaman uruskan diri sendiri sorang sorang dkt hospital. Settle tukar baju, baring baring sambil tengok battery phone pulak tinggal 3%. Alahai dugaannya mcm drama. Video call dengan husband nak bagitahu dah miscarriage 😢 Husband saya dah lah jauh belayar. Line pun ada tak ada tengah laut hmm. Mengharapkan battery 3% tulaa kami video call sambil menangis kehilangan kandungan pertama kami. Semoga Allah gantikan lagi akan datang dengan rezeki baby 😢🤲🏻🤍 saya yakin ada hikmah. Terima kasih ya yang banyak follow kisah pregnancy pertama saya. Yang banyak tolong dan bagi nasihat dalam ni. Yang banyak guide dan bagi tips. Tak ada rezeki saya nak peluk kandungan saya. Sebenarnya, melalui apps ni banyak bantu ibu ibu yang muda, yang baru pregnant, yang mencari jalan penyelesaian and kata kata semangat. Korang banyak sangat sangat membantu. Saya pulak tak ada kawan yg sama umur 25 tahun dgn saya yg mengandung so tak dapat nak bertanya pendapat dgn rakan sebaya. Semua pun tak ada pengalaman. Terima kasih ya 🤍 Ikutkan due date baby keluar 14/11/2022 nanti, tarikh saya dan suami nikah 14/11/2021. Tak ada rezeki saya nak sambut kandungan pertama saya 🥲 tak apa lah, saya dan suami cuba untuk belajar redha. Salam sayang buatmu anakku yang ku namakan Muhammad Aryan Uwais. 🤍 #Myfirstbaby

Đọc thêm
9/4/2022 Al-Fatihah kepada insan pertama didalam rahimku.
 profile icon
Viết phản hồi

Alhamdulillah syukur ya Rabb 🤲🏻😭 sedih sangat saya rasa 😔

10/3/2022 - Dah 7w4d tapi bila scan, rahim kosong & kantung pun takde. Allah.. luluh hati saya. Doctor syak kandungan luar rahim. Makin sedihlah saya. Tapi doctor tenangkan saya dan cakap mungkin persenyawaan berlaku lambat. Saya pun gemuk jadi susah nak scan sebab lemak perut tebal . Doctor pesan banyakkan minum air dan tahan air kencing utk next scan. 23/3/2022 - Spotting kali kedua. Terus ke klinik utk check up. Berdebar tapi redha dgn segala ketentuan Allah. Sepatutnya dah 9w4d tapi bila scan 6w4d sebab ukuran size kantung. Alhamdulillah 🤲🏻😭 walaupun tak nampak heartbeat lagi tp ada improvement 😍 doctor bg ubat kuat rahim and suruh datang next week utk check lagi. Saya cuba positive walaupun hakikatnya sangat susah sebab asyik overthinking and stress. 30/3/2022 - Sebelum ke klinik, saja suka suka check UPT and double line. Lega rasa. Bila dah sampai klinik, berdebar balik 😂 Doctor scan perut, nampak size kantung makin besar dari yg sebelumnya tp heartbeat tak nampak lagi. So doctor nak scan dari bawah. Bila scan dari bawah, nampak baby dalam kantung. Tapi still tak nampak heartbeat. Doctor dah tak ukur ikut size kantung tp size baby. Allahuakbar 😭🤲🏻 Sebak dan gembira saya rasa. Ada improvement dari last week. Dah masuk 7w4d😍 lagi dua minggu kena scan. Masatu dah 9weeks. Ku berserah kepadaMu ya Allah, hanya engkau yang mampu melindungi dan menjaga kandunganku ini 🤲🏻 Kepada kandungan pertama didalam rahimku, ketahuilah sayang, kehadiranmu ditunggu kerana dikaulah bukti cinta suci ibu ayahmu. Janjiku padamu sayang, akan ibu cerita semua ini suatu hari nanti ❤️ Kepada TTC mom or pregnant mom yang membaca post ni, terima kasih sudi membaca. Doakan baby saya ya 🤲🏻 saya juga doakan yg baik baik buat kalian. Walaupun banyak dugaannya, percayalah kuasa Allah itu melebihi segalanya 🤍 Jangan berputus asa walaupun hakikat sebenarnya sangat susah utk positive dan menerima kenyataan. Doa dan percayalah keajaiban dari Allah 🤲🏻

Đọc thêm
Alhamdulillah syukur ya Rabb 🤲🏻😭 sedih sangat saya rasa 😔
 profile icon
Viết phản hồi