Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum
Anak 6 bulan first time makan
Hi, nak tanya pendapat ibu2 semua. Bagus tak ye kalau bagi anak makan puri pakai squeeze feeder? Atau better pakai sudu atau pacifier feeder sahaja?
Baby 3 bulan tak nak menyusu
Anak saya baru 3 bulan. Fully susu formula. Tapi seminggu dua ni dia tak nak menyusu. Lapar menangis, tapi bila bagi susu dia keluarkan balik susu tu. Dah tukar jenis susu tapi sama juga. Ada yang pernah berlaku situasi macam saya?
Bleeding - 9 minggu
Assalamualaikum, saya hamil 9 minggu. 2 hari lepas ada tompok darah di seluar dalam. Mungkin sebab saya terlampau penat dan banyak berjalan. Saya terus pergi klinik, Alhamdulillah kandungan okay. Cuma saya nak tanya, ada tak tips untuk tak nak bleeding lagi? Mungkin ibu2 pernah mengalami benda yang sama boleh ceritakan pengalaman. Thank you.
Kantung kosong
Saya pregnant 7 minggu, tadi pergi scan tapi nampak kantung je. Janin tak nampak. Normal ke? Saya ada baca kalau scan melalui vagina lagi jelas. Kena request atau tunggu doktor suggest untuk scan melalui vagina? #firstbaby
Pregnant 6 minggu - Tak sakit perut
Hi, saya mengandung 6 minggu tapi sekarang dah tak rasa perut cramp atau sakit. Hari tu masa 4 minggu hari2 sakit perut. Bila dah tak sakit saya pulak jadi risau😅 normal ke macam ni? #firstbaby
Teh o ais - pregnant 5 minggu
Assalamualaikum, saya nak tanya. Saya mengandung 5 minggu, bahaya ke kalau saya minum teh o ais setiap hari? Setiap kali lunch and dinner mesti saya akan minum teh o ais. Adakah teh o ais boleh jadi punca keguguran? #firstbaby
Hamil 4 minggu - Urut kaki
Saya hamil 4 minggu bayi pertama. Selalu lenguh kaki. Boleh ke kalau saya urut kaki terutamanya bahagian telapak kaki dan tumit? #firstbaby
Tersepak bucuk katil - sakit bawah perut
Saya tersepak bucu katil, lepas tu sakit bawah perut tetapi tiada pendarahan. Saya hamil 4 minggu. Adakah saya berisiko untuk mengalami keguguran?