Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
MUNGKINKAH JANTINA BABY BOY
Macam tidak percaya dgn jantina anak. Sangat gembira bila scan 2D kat klinik swasta doktor cakap jantina sangat jelas dan memang confirm baby boy! Sedangkan dr preggy 3 months semua family & kawan2 90% cakap perut dan memang confirm baby girl. Nasib baik masa tu belum beli baju baby girl. Sebenarnya tak kisah pun dapat baby girl atau boy. Cuma yg bestnya bila semua teka girl. Tapi doktor cakap boy😂😂Seronok pula teka teki jantina ni hahahhaha nampak sangat siapa yg mengaku paling pandai teka jantina 😂 Cuma sekarang ni, macam ragu2 lagi nak beli baju baby. Beli utk girl ke boy. Sebab masa teka tu semua nampak yakin sangat. Takut pula doktor salah nampak jantina. 😂 Preggy 24 weeks😘
HAMIL 6 BULAN BOLEH KAH MENJAHIT?
Helo bunda sekalian Nak tanya.. boleh kah hamil 6 bulan.. sa menjahit menggunakan mesin jahit? Sa nak jahit langsir..
SUSU ATAU NASI/BUAH/DAGING/IKAN
Sa nak tanya ibu2 sekalian Sa hamil 8 weeks 4 days. Sekarang ni sa tak boleh minum susu utk masa pregnant tu sebab sangat2 mual. Dan oleh sebab tu sa amalkan makan nasi,buah, daging serta ikan sebab makan nasi sa x berapa nak mual. Ibu2 rasa.. bayi sa dapatkah nutrien yg secukupnya? Sebab sa cuba amalkan minum susu tp habis muntah semuanya. Dan sa tak nak di paksa minum susu. Memandangkan buat masa sekarang jika sa minum susu.. akan menyebabkan sa muntah & tambah tiada selera makan. Apa yg patut sa buat? Sa kena paksa diri minum susu juga ka??
HIDU MINYAK KAPAK SEMASA HAMIL
Hai semua.. nak tanya. Ada kesan ka kalo ibu hamil suka hidu bau minyak kapak semasa hamil? Ada kesan ka pada bayi?
Mual & Tak suka bau wangi
Kandungan sdh masuk 7 weeks 3 days. Setiap pagi mual2 teruk. Kdg2 dari pagi sampai malam mual teruk. X boleh masuk kamar mandi, tak boleh bau sabun, tak boleh bau syamfu, tak boleh bau sabun kain, sabun cuci pinggan. Rasa pening & muntah kalo terhidu. Tiada selera makan. Sakit kepala. Kena makan sikit2.. bau yg boleh kurangkan mual sa ialah bau minyak kayu putih. Sa selalu hidu minyak kayu putih utk hilangkan rasa mual. Harap tak ada kesan buruk buat sa & baby. Ibu2 masa trimester pertama mcm mana cara nak kurangkan mual ya?
Positive ke tak?
Macam 2 garis saja? Menses dah delay 2 hari ini. So sa cuba la bt UPT pagi ni. Pertama buat macam 2 garis je. Jd sa buat sekali lagi. Sebab tu ada dua pcs upt. Sa buat UPT jam 6.28 pagi. Dan ambil gambar ni selepas 3 minit.