Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Nurturer of 1 troublemaking cub
Siapa pernah bersalin dekat hospital melaka?
Sy baru berpindah, minggu ni ada checkup di hosp melaka. Nak tanya, pakar o&g tu belah mana ye? Sebab kawan kata hosp melaka ni besar, risau pula appointment pukul 8. Jenuh mencari tak pasal pukul 9 baru jumpa pakar o&g tu 😆 Help me mommies
Demam masa 34 minggu
Nak tanya, kalau mak tak sihat. Memang normal ke baby dalam perut halus je gerak? Sbb masa anak sulung tak kena demam. Mengandung no 2 ni. Dah 34 minggu demam pula. #ingintahu
Side effect drip cosmofer
Siapa pernah kena drip cosmofer ni? Side effects dia memang akan gatal-gatal ke? Sbb sy first time kena drip mengandung kali ni. Sebelum ni memang xde alergik apa apa ubat, bius ke apa. Ni kali ni gatal-gatal satu badan. Bukan hari yang sama drip naik. Sehari selepas drip. Huhu
Scan 19 minggu. Uri dekat bawah lagi
Normal tak? Masa checkup tadi just doktor macam terkejut la 😅 Kita pula, yang sulung klinik lama hanya harapkan scan kita dari klinik luar je. Kali ni suasana baru, merasa la doktor check segala bagai. Jadi normal tak? Kandungan pun kira kecik lagi. Lain la 7bulan ke atas ke kan? 😅 Tolong sedapkan hati ni. Huhu
Siapa makan maltofer?
Nak tany la, sebab sy serasi maltofer je pregnant kali ni. Nurse suruh makan 3 biji sehari. Dia kata satu tak cukup. Lagipun maltofer ni kena beli sendiri, klinik tak sediakan. Memang akan ada perubahan hb ke kalau ambil 3 biji sehari tu? 😅 Nak tahu. Sebab baru pindah duit banyak keluar. Target hujung bulan baru nak ambil 3 biji sehari sebab kekangan kewangan bulan ni.
BERSALIN BULAN PUASA
Siapa pernah terkena due dalam bulan puasa? Dan berpantang sendiri. Macam mana jaga mental fizikal ye? 😭 Sy walaupun jauh lagi due, tapi bila fikir boleh stress pula. Macam mana nak jaga adik baby, nak jaga abg nya lagi. Makan minum berpantang. Bagi kata-kata positive pun cukup untuk saya cool down rasa stress ni. Tq mommies 🥲 Nota : Sy ada mertua ckgu, tapi entah la biasa la kita lagi prefer mak sendiri jaga kan. Mama pula dah duduk atas kerusi roda. Tak nak susahkan mama. Due sy selang 6 hari raya 🥲
Zincofer nak tukar ke maltofer
Masa seminggu awal ambil zincofer sy elok tak muntah. Tapi lately ambil je 10-15 mesti nak muntah balik. So nak tanya, kalau tukar ke maltofer memang tak akan muntah muntah lagi ke? Risau tukar tetap sama 😅 Help me. Sebab anak sulung elok je zincofer sampai bersalin. Nombor dua ni susah nak telan. Huhu
Set berpantang
Hai mommies, boleh suggest set berpantang yang bagus? Masa anak sulung sy pantang tak betul. Dan dapat rasa dari segi urat, sejuk sikit mula la macam tegang. Target baby no 2 ni nak pantang betul-betul. Jaga diri. Boleh tak share? 😙
Takde selera makan sendiri masak 😅
Ada tak geng? Masa yg sulung, sy cuma x boleh bau tumisan, dalam masakan tak boleh jumpa bawang putih. Tapi utk trimester pertama je. Lepas tu boleh masak macam biasa. Yang nombor dua ni, sendiri masak auto takde selera ye 😅 masak boleh. Tapi sendiri tak nak makan masakan sendiri. Jenuh la nak membeli hari hari 🥲 Ada ke sama? Huhu
Mual minum air masak
Sampai bila ye mual ni akan berlarutan? 😭 Tak minum air masak lesu sangat badan. Bila minum bergas terus dalam badan. Walaupun lepas makan, atau minum air manis. Terus muntah muntah sebab air kosong. Harap trimester pertama jela macam ni. Kedua tiga boleh minum macam biasa. Mengandung sulung bila perut besar memang haus kaw kaw. Risaunya mengandung yang ke dua ni tak lalu air kosong 😭