Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Got a bun in the oven
Pil Noriday, period kerap.
Salam. Saya bersalin anak pertama secara eczer. Anak nak masuk 4 bulan. Saya makan pil perancang Noriday. Saya kerap period bila makan pil ni normal ke? Contoh macam 4-5 hari period, 5-7 hari bersih, lepas tu period lagi dalam tempoh yang sama dan berulang… senang faham macam 2 kali period dalam sebulan lah. Darah tak sebanyak macam zaman sebelum pregnant. Senggugut ada. Awal-awal tu tanya nurse katanya tengah nak stabilkan hormon. Tapi dah 2 papan makan ni sama je. Saya makan hari hari cuma pernah beberapa kali terbabas lewat tapi kurang dari 3 jam. Biasa ke macam ni atau kira tak serasi? TQ
Baby gerak aktif nak dekat due
Kalau baby gerak aktif je dah nak dekat due ni memang lambat lagi ke nak beranak? Saya harini 38 minggu 5 hari dah tapi takde tanda tanda selain rasa perut mengeras kadang kadang dan cramp senggugut tu kadang kadang juga. Risau sebab takboleh lebih due nanti kena induce takod sebab kitonyo first time mom🥲
Cirit birit minggu 26
Sekarang week 26, cirit birit dan pedih ulu hati. Normal ke? Dan saya puasa jadi perlu ke buka puasa? Tapi baby rasa aktif je bergerak
5 minggu 5 hari perut buncit?
Nak tanya normal ke perut makin buncit dan besar berbanding sebelum pregnant ni padahal baru 5 minggu 5 hari. Lagi lagi selepas makan. Belum pergi check doktor sebab baca orang kata awal lagi kena tunggu 6/7/8 minggu. Seluar yg sebelum ni pakai paling longgar pun dah ketat betul dekat perut. Sebelum pregnant, kalau seluar tu ketat, waktu nak zip tu saya biasanya kempiskan perut tapi kalini kempiskan perut pun perut bahagian bawah tu takleh kempis taktahu kenapa. Is it normal? Nak kena beli seluar baru. Ada ke yg macam saya masih awal tapi dah nampak perut? Tapi timbang berat macam takdelah banyak sangat naik dari timbang sebelum ni.
Iron folic atau folic acid?
Salam semua. Baru masuk 5weeks better ambil iron folic amway atau folic acid appeton? Sebelum ni memang makan folic acid appeton sebelum pregnant tapi dah habis. Ada iron folic amway je now kakak bagi. Mohon pencerahan
Upt samar hamil ke dan bila boleh pergi check scan
Salam hii first time here. Baru check upt selepas 2 hari delay period. Result positif tapi samar sangat. Dalam gambar lagi takberapa nampak ek tapi luar gambar nampak sikit samar tu😂. Cramp sekejap sekejap tapi kerap juga lagi lagi waktu tengah malam/pagi time tidur. Hamil ke? Kalau hamil, kalau ikutkan kiraan dari lmp saya, hamil maybe dalam 4 minggu. Dah boleh pergi scan ke untuk confirmation? Atau tunggu dulu seminggu check upt semula? Terima kasih