Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Queen of 1 bouncy son
Buat buku pink
Nak tanya , better buat buku pink berapa week ye? Sbb saya dah 2 kali gugur , kali ni mengandung baru nak masuk 5 weeks selepas rest setahun lebih lepas gugur yg kali kedua tu .#ingintahu #pleasehelp
GUGUR
Siapa ada pengalaman kena cuci lepas sah gugur, boleh share sikit??
CONFUSE
Saya nak tanya doc pakar dah sahkan saya punya kadungan tak jadi maksudnya kantung ada tapi janin heartbeat semua tak ada tapi saya ambik keputusan nak tggu kantung jatuh tak nak cuci, so kena tggu kantung jatuh dulu baru saya start pantang ke mcm mne? Dan bila saya boleh start stop makan ubat daripada klinik semua..
KEGUGURAN TAK MENJADI
Hari nie daripada hospital tanjung karang transfer ke hospital klang jumpa pakar naik ambulans jauh2 , doc pakar sahkan keguguran tak menjadi sbb kantung ada tapi janin tak ada, saya positif sbb memanh dah bleeding 2 weeks on off so doc tanjung pun kata 50/50 dari siti belajar redha. Doc pakar bagi pilihan tggu jatuh sendiri or cuci.. Cuci bnyk risiko so I tggu jatuh sendiri je... Alhamdulillah saya okay je mungkin ada hikmah semua nie
ANCAMAN KEGUGURAN 1st TRIMESTER
Semalam lepas asar tgk kat faraj ada keluar darah but tak bnyk tapi risau sbb dah 4 kali on off keluar darah dan masa yg kali ke 2 tu ada ketul mcm darah beku time period, so semalam sbb keluar lagi so saya pun ajak semua ditect terus pi hospital... Nasib tak kena tahan wad, doc scan pastu check jalan sbb takut rahim ada terbuka ke apa (ntah tak berapa paham bab tu) masa doc check masukkan yg mc mulut itik yg masa guna pap smear tu ada la darah kat tgn doc pun kena but dyeorg kata tak bnyk nasib baik.. Scan2 memula tak jumpa apa dah risau dah, pastu bagi minum air bebnyk , sampai dua org doc scan akhirnya nmpk jugak but doc kata mungkin 50/50 samaada akan atau kandungan akan selamat gitu la.. Pastu doc bagi ubat kuat rahim semua... Katanya kalau lepas nie makin bnyk darah keluar ketul2 or apa terus direct dtg... Lepas nie continue je tarikh oppointment kat kk macam biasa cerita semua kat dyeorg... So skrg mmg doc suruh bedrest betul2 kalau boleh semua buat atas katil... Nak kencing berak semua kena kat bawah (means jgn dalam lubang yg terus direct ke bawah sbb nnti kita tak nmpk apa yg keluar) .. Lagi2 anak fisrt dah 2 tahun lebih mmg tgh aktif sesangat. Doakan kandungan saya baik2 je ye sis semua...
RISAU
Saya paling risau pregnant yg ke-2 nie baru nak masuk 9weeks. Anak yg first dah 2 tahun lebih time nie la dye sgt2 tgh aktif, kdg2 nak main mcm biasa dgn anak pun dah penat, bgi susu badan kdg2 faraj sampai keluar darah dan pening kepala semua cukup. Bila baring sampai tetido pun suami marah katanya asyik tido je pergilah tolong apa yg patut masak ke sbb nak berbuka. Dulu masa ddk umah sendiri dan pregnant anak first tak ada masalah, rehat dan tido dan saya tak risau sgt tentang kandungan sbb rehat memang cukup boleh ckp terlebih rehat la tapi skrg bila ddk umah mak dan mengandung anak ke-2 mcm nie pulak jadi.
PUASA
Semalam fisrt puasa dapat la full sampai ke maghrib rini lepas zohor je dah tewas huhu tak apa puasa boleh ganti, kena take note nie nnti kang lupa
1st Trimester
Biasanya sebu perut nie sampai bila ye? Sampai masuk 2st trimester baru hilang ke mcm mne? Skrg saya mengandung anak yang kedua, masa ngandung anak first tak perasan sgt pasal sebu perut nie sbb time tu tgh sibuk study dan makan pun kdg skip kdg makan tu yg tak perasan sgt... Masa dulu period mmg ada terganggu mmg tak perasan pun tgh ngandung time tu tau2 dah nak masuk 3 bulan (badan pulak jenis berisi memang tak perasan la perut tu ada perubahan ke idok hihihi) , lepas anak first lahir period terus teratur dan skrg bila sebulan lebih tak period terus check positif (baru 5-7 minggu) rasa sebu sgt perut .