#tApxSuuBalmMY Suu Balm Kids boleh digunakan daripada bayi baru lahir hingga ke atas. (BETUL)
Đọc thêmPUASA BOLEH DIGANTI, NYAWA CUMA SEKALI
Masa bertugas di klinik kesihatan dulu, saya pernah dapat kes di mana bayi di dalam kandungan meninggal. ‘Doktor, doktor boleh tolong scan tak? Saya dah periksa guna daptone dekat 10 kali dah, tapi tetap tak dapat juga bunyi jantung baby.’ Saya pun terus scan. Benda pertama yang akan dilihat masa scan antenatal adalah jantung bayi. Tengok berdegup atau tidak. Untuk kes ini, saya letak je probe scan, jantung dia kaku. Tiada sebarang pergerakan. ‘Allahu’ detik dalam hati. Benda macam ni lah paling tak suka sekali. Saya panggil seorang kawan untuk pastikan apa yang saya lihat tu betul. Kawan saya scan 2-3 kali, masih kaku di situ☹️ Pesakit saya ini sudah masuk trimester ketiga dan dia memang ada kencing manis sewaktu hamil(gestational diabetes mellitus). Bacaan gula dia kadang ok kadang tak ok. Pesakit GDM perlu periksa gula (BSP) dua minggu sekali untuk lihat kawalan gula mereka. Kejadian ini berlaku semasa bulan Ramadhan. Pesakit ini masih juga mahu teruskan berpuasa walaupun sudah dinasihati untuk tidak berpuasa demi kebaikan pada diri sendiri & bayi di dalam kandungan kerana kawalan gulanya yang tidak berapa elok. Risiko paling tak seronok untuk GDM adalah kematian bayi dalam kandungan. Risiko lain adalah perkembangan samada kecik sangat, besar sangat, mendapat kencing manis juga yada yada yada. Ya, puasa memang wajib. Tapi Islam tidak pernah menyusahkan. Ada rukhsah untuk mereka yang uzur termasuklah mereka yang mengandung. Wanita mengandung yang sihat, InshaAllah ok sahaja untuk berpuasa. Yang penting bersahur dan berbuka dengan betul. Tapi, jika ada masalah seperti kurang darah atau kencing manis, seeloknya tidak berpuasa. https://drc.bmj.com/content/5/1/e000470 Risiko yang merisaukan adalah : 1. Hypoglysemia (kandungan gula dalam darah ibu dan bayi menjadi rendah) 2. Penghasilan ketone/ketosis ( terbentuk akibat penghasilan tenaga yang sangat kurang) 3. Dehidrasi ( untuk ibu dan bayi, bahaya kerana melibatkan organ lain juga seperti buah pinggang) Hukum untuk wanita mengandung yang tidak berpuasa pun dah ada. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31 Saya tahu ramai ibu yang rasa sayang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ni sebab setahun cuma sekali atau sebab malas nak ganti nanti nanti. Tapi, ingatlah yang kita membawa dua nyawa. Nyawa kita dan bayi. Nyawa adalah amanah. Jika kesannya lebih membawa mudarat, adalah lebih baik elak. Jangan paksa diri. Kerana yang susahnya nanti diri sendiri juga. Jadi, berlapang dada & terimalah keadaan diri ya. Dr. Erna Nadia Pegawai Perubatan Gambar dari Google✌?
Đọc thêmTokyo adalah satu daripada destinasi perlancongan idaman saya kerana saya tertarik dengan budaya serta teknologi di sana. Saya juga teringin nak mencuba pelbagai makanan tradisional Jepun seperti ramen dan japanese curry original dari sana. Sekarang belajar dari buku saje, mungkin akan datang dapat ke sana kan? hehe InsyaAllah... #MyGlobetrotterBookxtheAsianparent #theAsianparent
Đọc thêmKepentingan kebersihan oral bayi
#theAsianparentxMAMBaby Kesihatan oral bayi sangat penting kerana pertumbuhan bayi sehingga kanak2 bermulanya dari kesihatan oral sejak hari pertama bayi lagi. Ibu ayah jangan lupa sentiasa gosok lidah, gusi dan lelangit bayi terutamanya selepas menyusu dan sebelum tidur untuk mengelakkan jangkitan kuman. Bila bayi dh tumbuh gigi pertama, rajinkan gosok gigi mereka menggunakan kain lembab atau berus gigi silikon / berus gigi MAM okey? Dan jangan lupa sentiasa check up gigi anak² 6 bulan sekali supaya masalah dapat dikesan lebih awal. Kesihatan oral yang baik akan membantu anak² makan dengan selesa serta bertutur dengan baik. Jum bersihkan mulut anak kita!
Đọc thêmKepentingan Kesihatan Oral Bayi
#theAsianparentxMAMBaby Kesihatan oral bayi sangat penting kerana gigi yang sihat membantu mereka dalam pertumbuhan badan dan minda yang baik. Penyusuan yang betul dan pemakanan yang sihat akan meningkatkan kesihatan mulut mereka. Kesihatan oral yang tidak baik akan menjejaskan pertumbuhan mereka seperti rendah berat badan, mengalami karies gigi, gigi tidak teratur dan penyakit yang serius. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan mulut anak² sejak bayi lagi menggunakan berus gigi yang sesuai mengikut peringkat umur. Gigi yang sihat membantu anak²: • Mengunyah makanan dengan selesa. • Bertutur dengan jelas. • Meningkatkan keyakinan diri. Langkah penjagaan kesihatan oral: ¤ Pupuk tabiat pemakanan sihat sejak bayi. ¤ Pastikan mulut dan gigi anak dibersihkan setiap hari. ¤ Periksa gigi anak dengan kerap. Mulut yang sihat memberi manfaat kepada kesihatan badan kita. Jadi, jagalah kesihatan oral bayi kita! Share the smiles ?
Đọc thêm