Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Selamat Bersalin
Alhamdulillah selamat bersalin anak pertama, baby girl secara normal & berat 2.7kg pada 21/12. Patutnya 23/12 due, tapi baby nak keluar awal. Pukul 3 pagi pecah ketuban, pukul 4.50 pagi sampai hospital masih tak rasa sakit. Pukul 5 pagi dah start rasa mild contraction tapi boleh tahan lagi. Pukul 6 pagi doktor check baru buka 1cm. Pukul 7 pagi doktor check dah buka 8cm. Cepat cepat kena tolak masuk Labour Room & suami pun sempat masuk jugak tengok proses bersalin. Alhamdulillah tak lama kena tahan sakit contraction tu. Nama diberi Nur Eliya Hafiya yang bermaksud Nur - cahaya, Eliya - yang cantik dan membesar dalam ketenangan dan kasih sayang, Hafiya - sangat baik
Due Date
Tinggal seminggu 1 hari je lagi tapi tak ada tanda tanda nak bersalin. Harap baby keluar before due date. Seronok dia duduk dalam perut mama ye. Doakan saya cepat bersalin ye mommies semua ☺️
Result Air Gula
Alhamdulillah result air gula okay. Punya lama baru dapat result ?
Scan
Patut harini nak buat 5D scan tapi baby suka alih alih muka, nampak kejap je so doktor tak dapat pun snap muka baby. 34 week 5 day baru mama papa tahu gender. Selama ni kemain dia sorok siap kepit kaki. Tak apa la, nanti keluar buat suprise ye tengok ikut muka papa ke muka mama ?
3rd Trimester
Dah masuk 3rd trimester ni, rambang mata nak shopping barang baby. Tak tahu nak start dari mana dulu ?
Kiraan baby kick
Hi mommies. Nak tanya macam mana mommies kira kiraan baby gerak @ kick? Boleh share?
Checkup 27 week
Harini kena minum air gula yang last & cucuk kancing gigi yang last. Alhamdulillah tak muntah & harap bacaan gula okay je ? Cucuk kancing gigi kalini tak sakit pulak. Sebelum ni sampai bengkak, lenguh kot. Lepas tu tadi doktor kk scan, tengok baby girl. Akhirnya, tunjuk jantina tu ye baby ? Penat papa mama pergi scan kat swasta, dia kepit kaki. Harini 27 week dah 900 gram lebih. Alhamdulillah, moga membesar dengan sihat ye anak ?☺️
Musim Jerebu
Cuma nak pesan dekat mommies semua, jangan lupa pakai mask. Musim jerebu tengah teruk ni. Pakai mask N95. Jangan pakai mask yang macam kat klinik tu. Banyakkan minum air masak & kurangkan aktiviti luar rumah. Take care mommies semua
SOALAN?
Kalau ada keluar darah, baby kurang gerak, sakit dekat mana mana yang teruk sangat, terus la pergi klinik. Kan nurse & doktor dah pesan kalau keluar darah, baby kurang gerak, sakit, terus pergi hospital @ klinik cepat. Kenapa masih nak upload gambar keluar darah dekat sini? Faham mungkin ada yang 1st time mengandung, tak ada pengalaman, tapi orang dalam ni pun bukannya doktor @ pakar. Kami pun refer pada doktor terus. Boleh nak tanya soalan, tapi tak payah la snap gambar darah, gambar sepender, dalam ni bukannya perempuan je, lelaki pun ada. Kesian dekat mommies yang tengah alah, nampak gambar macam tu, terus nak muntah. Yang dah tak ada alah pun, boleh muntah kalau tengok.
All in scan at 24 week 6 day
Petang tadi buat all in scan, alhamdulillah baby sihat, cukup semua sifat & organnya. Baby tidur siap hisap ibu jari ? Cuma Doktor cakap 37 week kena scan lagi nak monitor kedudukan uri, sebab tadi uri dekat bawah. Harap nanti nak dekat due nanti semuanya okay. Bila nak check gender tadi, baby kepit kaki dia. Eee geram mama papa tengok tadi. Doktor kacau pun dia sibuk kepit. Doktor cakap tengok gaya macam girl gaya kepitnya ? Tak kisah la nak, janji sihat ye ♥️