Alhamdulillah..baby dah start makan🥰 kita pulak tak sabar nak tengok baby kita makan..makanan pertama dia saya buat bubur kosong sahaja.next meal dia kita bagi sayur n buah2,kita tengok mane yang dia suka dan tak suka.so,macam mane first meal baby ibu2 semua? #firstbaby #firsttimemom #babymeals #baby6bulan
Đọc thêmMasa baby keluar dari bilik bedah suami sempat azankan baby walaupun dekat depan pintu bilik bedah (alhamdulillah).lepas baby dah keluar dan dorang dah siap jahit semua,saya dibawa dekat wad pemulihan dan saya pun sempat jumpa suami sebelum masuk wad pemulihan dalam beberapa jam dekat wad pemulihan saya dibawa ke wad biasa,dekat wad biase kita tak boleh terus bangun selama 6 jam.so selama 6 jam tu kita mampu baring je la,baby dah ade dengan kita.nurse akan suruh kita susukan baby sambil baring walaupun susu kita tak ada lagi😅 nasib baik la baby tak nangis.lepas 6 jam nurse akan cek kita lepas tu kita dah boleh bangun pergi tandas semua.mula2 nak bangun tu kepala berat gile rase pening2 sampai muntah2,nurse cakap tu normal sebab kesan ubat yang dorang bagi.keesokkan harinya 25/12/2020 doc cek kita n baby macam biase lepas tu doc cakap baby kene on antibiotik sebab takut ada jangkitan dekat paru2 baby,kesian tengok tangan dia kene masuk jarum 😭 kita yang nangis tengok.petang tu dorang cek kuning baby,doc cakap kuning baby tinggi sikit kene bawak dekat NICU so berpisah sekejap dengan baby.26/12/2020 nurse bagi tahu yang kita dah boleh balik tapi baby still kene tahan lagi😭 sebab kuning dia still tinggi,saya kene stay dekat wad baby untuk jaga dia.bila dah pindah ke wad baby memang kita 24 jam akan jaga baby.tengah sakit2 dekat bahagian perut tu entah macam mane kita jadi kuat bila dah jadi mak2 ni😅 bila baby kuning ni memang kerap bagi susu so untuk kita tidur nak rehat2 ni memang tolak ke tepi.setiap 3 jam kejutkan baby bagi susu,mula2 mmg bagi susu badan walaupun tak berape nak ade tapi doc cakap kene campur dengan susu tepung sebab nak bagi berat dia naik dan bagi dia selalu kencing n 💩 nak balik cepat punya pasal memang tak tidur malam la sebab selalu bagi susu dekat baby,kesian tengok dia kene duduk bawah lampu (nangis lagi)mula2 oky lagi mungkin tak cukup rehat dengan luka rase pedih2 call suami cakap nak balik sebab rasa dah down betul.😭 alhamdulillah la baby tak banyak ragam tak nangis2.29/12/2020 alhamdulillah doc cakap dah boleh balik tapi kuning baby still ade lagi kene buat cek up dekat kk,tak pe asalkan boleh balik dengan baby.sampai dekat rumah kita boleh usahakan macam mane nak turunkan kuning baby.fuuuhhh panjang betul bercerita😅 begitu la pengalaman saya.walaupun penat,rasa down,rasa nak nangis n macam2 rasa ada.pengalaman yang saya sendiri tak pernah bayangkan terjadi dekat diri sendiri,sampai la saya sendiri rasa dan alaminya sendiri. Untuk mommy2 semua selamat bersalin dan selamat berpantang.😉cuba mommy2 pulak share macam mane pengalaman bersalin mommy2 semua. #firstbaby #1stimemom #justsharing
Đọc thêmAssalamualaikum mommy2 semua. Alang2 tengah ada masa lebih ni,saya nak kongsikan sikit tentang pengalaman saya bersalin untuk anak yang pertama.23/12/2020 date saya cek up dekat kk. Sebelum hari cek up baby gerak tak macam biase so tak pergi hospital sbb alang2 besoknya tu ade cek up so cek masa cek up je.masa hari cek up bagi tahu misi pasal masalah smalam,misi cakap kenapa tak pergi hospital?Lepas tu misi cek semua jumpa doc scan itu ini,dorang bagi last date untuk cek up kalau still tak bersalin lagi kene serah diri dekat hospital.masa datang cek up usia kandungan 39 minggu,masa ni suami teman cek up.ingatkan lepas cek up nak pergi makan dekat ikea tapi alang2 nak ke ikea tu suami suruh cek dekat hospital pasal masalah baby gerak tak macam biase.kita pun ikut je la,ikutkan hati nak pergi makan dulu lepas tu baru pergi hospital.sampai je hospital daftar,dalam beberape minit doc panggil.dorang cek jantung baby n bukaan,doc bagi tahu bukaan dah 2 cm n dorang bagi tahu kejap lagi pakar datang cek balik.bila pakar cek mmg bukaan dah 2cm n dia boleh pulak “tolong” bukakkan bagi 3 cm,masa dia “tolong” bukakkan tu sakit wey😅sampai keluar darah. Dia bagi tahu saya kena tahan, so bagi tahu suami yg kita kene tahan hari tu.so tak sempat la nak pergi makan dekat ikea huhuhu(merajuk sikit)🤪 tunggu dalam beberape minit nurse panggil nak pergi dekat wad,suami tak boleh nak hantar.nasib baik barang keperluan untuk hospital mmg dah simpan dalam kereta siap2,barang2 saya tu suami bagi dekat guard dekat wad sebab suami tak boleh masuk(pkpp) jumpa suami pun sekejap je dekat pintu wad😢.bermalam la dekat hospital jawabnye,macam biase nurse datang cek itu ini.doc cek bukaan tapi still 3 cm,ada masa terluang jalan2 dalam wad tu.malam tu dah rase sakit2 sikit tapi tak kerap la,besokkan harinya 24/12/2020 macam biase doc datang cek bukaan lagi tapi still 3 cm,doc tu cakap dalam masa 24 jam still bukaan tak bertambah dorang nak induce.lepas tu nurse ada bagi ubat untuk kita 💩 lepas tu badan rase macam sejuk gile rase nak demam.dalam pukul 11.30 am rase nak 💩 mungkin sebab ubat yang nurse bagi tu kot,bila bangun dari katil tiba2 air keluar.habis kain n katil basah yang kita ni tak tahu tu air kencing atau air ketuban pergi la panggil nurse bagi tahu ade air keluar.doc datang cek semua,dia cakap awak dah boleh bersalin ni.dia cakap dengan nurse booking bilik utk pesakit ni sekarang dalam sibuk2 tu ada nurse bagi tahu ada bilik kosong sekarang boleh pergi,dorang bagi baju bersalin siap2 keadaan tu macam kelam kabut sikit macam baby ni nak keluar time tu jugak😅 tapi tak pun sebenarnye dalam perjalanan lr sempat chat suami bagi tahu yang kita ni nak masuk lr,ingatkan boleh la jumpa kejap tapi tak boleh.dalam lr dorang bagi tahu tak boleh makan minum pergi tandas semua.mula2 tu tak rase sakit,dalam beberape minit dah start rasa sakit macam period(masih boleh tahan) lepas tu rasa sakit tu bertambah (boleh tahan lagi) sbb mmg selalu sakit teruk bila period.lepas tu sakit kali ni memang betul2 sakit sampai dorang ajak borak pun malas nak layan dengan kita rasa macam mamai je,sampai satu tahap tu dia punya sakit rasa nak 💩 bagi tahu dekat nurse yang kita ni 💩 then dia datang cek tengok dah berdarah dia bagi tahu awak teran ke? Lepas tu nurse bagi tahu doc keadaan tu tiba2 jadi kelam kabut dorang dok jerit2 dekat kita suruh teran tarik nafas lepas yang kita ni ikut la ape yang dorang suruh walaupun dalam keadaan mamai😅 doc bagi tahu saya tak boleh nak normal terpaksa buat emergency czer sebab jantung baby makin lemah.tak apalah janji baby selamat😢dorang bawak pergi bilik bedah.pukul 4.59 petang lahir la seorang putera berat 2.96. #firstbaby #1stimemom #justsharing
Đọc thêmBila kita dapat tahu yang kita ni preg bermula la fasa muntah2 makan itu tak kene minum itu tak kene kan?sama la macam saya,memang tak lalu makan bila makan muntah.bila trimes yang pertama pagi dan malam sebelum tidur memang kene minum milo kosong suam kalau tak minum gelisah nak kene minum jugak.time makan tengahari air mesti minum ribena selain air tu memang tak boleh minum.kalau makan pulak pagi makan chicken mc muffin sebab itu je boleh telan tapi kadang2 muntah jugak lepas tu😅 tak pun roti jagung.nasi nak bau pun tak boleh apetah lagi makan tapi kadang2 paksa jugak sebab kesian baby.masuk je trimes yang ke dua,alhamdulillah selera dah ade.macam2 dah boleh makan sampai suami pun terkejut asyik nak makan jee😅 trimes ke dua ni pagi2 nak kene minum air fresh oren sejuk yee kali ni nak minum air suam jarang sekali.kalau nak minum air ape2 pun mesti sejuk kalau tak sejuk tak boleh,kalau bab makan pulak dia macam memilih kalau boleh nak makan ikan je.ayam udang sotong daging semua tu tak suka walaupun dulu memang hantu udang.so ikan jela menu kesukaan untuk trimeas kedua ni.hah masuk trimes minuman yang jawab minum pagi2 ialah air limau ais extra limau kalau manis je lebih tak boleh minum nak kene masam lebih😋 lepas tu asyik teringin minum teh air jee dengan coklat ais.kalau bab makan semua makan kot,tapi kali ni lebih suka makan benda manis2.makan ais krim ,coklat2😋 dan makanan yang pedas sikit.so sekarang tengah tunggu masa nak bersalin in shaa allah bulan 12 ni,doakan saya semoga dpermudahkan segala urusan bersalin nanti yee ibu2 semua🥰 #1stimemom #pengalaman #firstbaby #justshare
Đọc thêmHari tu kongsi pengalaman minum air gula,sekarang rase nak kongsi pasal hb pulak.😬 masa bukak buku hb cantik 11.2 masa tu just ambik folic acid je.bila jumpa misi,misi suruh ambik new obimin lepas sebulan ambik darah hb turun 9.9 lepas tu misi tukar ubat zincofer dan misi suruh makan sayur2,buah2,minum oren atau limau masa minum ubat tu.apa yang misi suruh makan or minum kita buat,misi cakap buat sementara ni jangan minum kopi or tea sebab die boleh menghalang penyerapan ubat tu.lepas tu kena jumpa misi setiap 2 minggu,perjumpaan seterusnya pun still tak naik banyak 10.1 setiap minggu misi bebel kenapa tak naik2 yang kita ni lagi la risau dok fikir macam mane nak naikkan lagi hb ni,rase makan dah macam2 dah.lepas tu kena tukar ubat kali ni makan iron+b complex+vit c kita pun try la makan dengan harapan hb naik la.next datang kk ambik darah tengok result hb naik 10.2 je🤦🏽♀️ sabar je laaa.jumpa misi cakap dengan misi saya rasa saya nak ambik iberet la,beli dekat farmasi.misi pun cakap oky,awak try la makan iberet tu.next 2 minggu lepas tu kita jumpa misi tengok result hb alhamdulillah naik jugak hb kali ni😅 11.4,11.7 harap tak turun la sampai bersalin.ubat makan jugak,makanan sampingan yang lain pun kena ambik jugak untuk membantu penyerapan ubat tu.makan buah2,sayur2 memang kena banyak kalau boleh masa makan ubat tu sulam dengan air oren,air pati delima tak pun air limau.kita makan ubat sebelum tidur,sebab bila makan pagi keluar balik😅pastikan kalau makan malam lepas 2 jam baru minum ubat.kalau yang jenis makan ubat pagi lepas 2 jam makan ubat baru sarapan k.semoga dpermudahkan untuk mama2 semua🥰 #pregnancy #1stimemom #pengalaman #firstbaby
Đọc thêmSebelum preg berat 45kg.bila bukak buku pink berat 38kg sebab muntah2 n tak lalu nak makan,so kena pegi kk sebulan sekali.bulan yang ke3 selera makan tu datang berat pun naik la dari 38kg ke 42kg,misi pun terkejut sebab banyak sangat naik sampai 4 kg.misi bagi tahu boleh naik pun 500g je tak boleh lebih.so,kali ni kene pegi kk 2 minggu sekali.setiap kali pegi kk berat memang akan naik la lebih dari sepatutnya,misi tu bagi tahu besoknya kena datang kk minum air gula so malam tu kena puasa last makan 10 malam.malam tu memang tak makan n minum lansung,esok pagi pergi kk ambik nombor tunggu turn ambik darah n masa untuk minum air gula.mula2 rase air gula tu boleh tahan la sebab masa tu rasa haus sangat so boleh telan n habiskan tanpa rase nak muntah.lepas tu kita kena tunggu 2 jam,masa tunggu 2jam tu mata dah start mengantuk gila.lepas ambik darah untuk kali ke2 terus pegi masuk kerja ikutkan nak mc sebab mata ni tak boleh nak bukak.so next 2minggu pegi kk dapat result misi cakap oky(alhamdulillah) lega rasanya dengar bila result air gula oky.berat still bertambah,setiap kali datang kk misi memang bebel la pasal pemakanan pasal berat badan.so misi cakap kena minum air gula untuk kali yang ke 2.bila dengar je misi cakap macam tu kita pun rehdo je la kan.tiba masa yang ditunggu2 ambik nombor tunggu turn ambik darah n tiba masanya untuk minum air gula mula2 rase oky lagi untuk kali ke2 minum rase tak boleh nak telan😅 paksa jugak dalam hati (jangan la muntah,tahan2,habiskan cepat)lepas minum tggu 2 jam dalam masa 2 jam tu start mengantuk + pening kepala pulak..so tahan la sampai kene ambik darah untuk kali ke2.nasib baik hari tu cuti habis je ambik darah balik rumah terus tidur sebab rase nak muntah n pitam.minum air gula yang pertama dan kedua tu tak sama dia punya perasaan.result kali ke2 pun alhamdulillah misi cakap oky dan misi cakap dah tak payah minum air gula dah.nasib baik la,kalau tak tak tahu ape pulak yang jadi.alamak panjang pulak ceritanya😅 #pengalaman #airgula #firstbaby ##1stimemom
Đọc thêm