Boleh tak bayi makan kicap ? . . Sedapnya kan kalau makan nasi panas kicap dan telur. Memang feveret saya di kala malas masak. Sekali sekala makan dengan suami memang rasa sedap sangat dah. Tapi makan dengan anak ni kena fikir panjang sikit. . . Macam mana kicap dihasilkan ======================== Kicap terhasil daripada biji soya yang dimasak dan dicampurkan dengan bijirin dan sejenis kulat aspergillus. Campuran ni kemudian ditapaikan secara kering menggunakan suhu yang tinggi dan secara basah dengan menggunakan larutan garam yang tinggi (17-20%) . Lepas tu kicap ditapis dan dipasteurkan lalu dipasarkan untuk kegunaan kita. . . Complicated sangat pembuatan kicap ni dan kalau perasan memang masin kicap tu hasil penggunaan larutan garam dan jugak proses penapaian . . So dari prosesnya tahulah kita bahawa kandungan garam dalam kicap sangatlah tinggi. Walaupun kadang-kadang kita jumpa liquid amino yang menggunakan teknik hidrolisis tapi tak bermaksud liquid amino rendah kandungan garam jugak. . . So kesimpulannya janganlah beri kicap pada bayi sebab kicap ni kaya dengan kandungan garam yang tinggi. Sesetengah bayi allergik dengan kicap - yelah campur dengan soya, bijirin, gandum, kulat lagi takut tak selesa pulak perut bayi. . . Kalau nak bagi jugak tunggulah 2 tahun dulu. Itupun letak setitik dua buat tambah rasa sikit. Kalau kurang 2 tahun, saya tak galakkan! Rasanya kalau saya tak cerita proses pembuatan kicap pun ramai pun dah boleh rasa dengan lidah sendiri yang kicap tu masin amat sekalipun kicap manis. . . #toddible #raising_healthykids . . Credit to Amalina Mohd Daud Hantu kicap
Đọc thêmCreditto owner#NazatulEdNajah# Share tips sikitlah macam mana saya bersalin tanpa koyak, tanpa luka, tanpa potong dan tanpa sebarang jahitan. Mungkin membantu. Wallahu'alam. 1. Senaman. Boleh cari di youtube kalau nak tengok. ♥️Tailor sitting ♥️Butterfly sitting ♥️Pelvic rock exercise ♥️Squat ♥️Briskwalking ♥️Kegel exercise (kemut sahaja tak perlu kuak lentang) 2. Pemakanan ♥️Avoid makanan yang tak berkhasiat ♥️Amalkan makan kurma di hujung kehamilan ♥️Minum air kelapa sebagai sumber tenaga ♥️Banyakkan makan buah buahan ♥️WAJIBKAN BUAT GREENJUICE 3. Ibadah ♥️Solat dengan normal (bukan solat duduk) ♥️Amalan baca al quran banyak boleh dapat dari perkongsian ustaz ustazah seperti surah maryam, surah yusuf, etc. 4. Doa ♥️Baca doa maryam ketika hampir bersalin "Hanna waladat maryam, maryam waladat isa, ukhruj ayyuhal maulud biqudratil malikil ma'bud". 5. Kawalan pernafasan ♥️Teknik pernafasan J breathing menurut hypnobirthing technique. (Ada di YouTube, cari J breathing) ♥️Teknik pernafasan lagi satu- tarik nafas melalui hidung sehingga dalam, masukkan udara ke perut bukan dada. (boleh lihat perut yang naik, bukan dada yang naik ketika tarik nafas), dan lepaskan melalui mulut. Kira hingga 10 setiap kali tarik dan 10 kali ketika lepas. ♥️Teknik pernafasan ni membantu untuk KAWAL KESAKITAN CONTRACTION. Perlu praktis seawal mungkin supaya ketika sakit, tak lupa dan kelam kabut. Bantu juga untuk tenangkan diri. 6. Posisi melahirkan bayi ♥️Bersalin dalam keadaan mesra graviti sangat bantu mudah bersalin. Saya bersalin dalam keadaan merangkak dan bukan terlentang ? Ya saya bersalin di hospital disaksikan nurse nurse. Tapi baby tidak disambut sesiapa sebab tak sempat dan laju sangat ? Alhamdulillah baby sihat. Takde kuning etc. Usaha kita hanya asbab. Wallahualam. Kuasa Allah. #
Đọc thêm