Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Got a bun in the oven
Air Ketuban
Assalamualaikum hai semua mummy, nak tanya ni.. saya pregnant 32w nak masuk 33w, semalam checkup semua Alhamdulillah ok cuma doktor cakap air ketuban saya ngam-ngam je tak lebih tak kurang betul-betul dekat borderline. Ada tips nak tambahkan air ketuban tak selain kerapkan minum air kosong? Harini perut mengeras, kalau baby bergerak pun gerak kat dalam tak nampak timbul-timbul macam biasa dia zumba atau bergusti dalam perut. Risau pulak hmmp Plus normal ke kalau jalan ke berdiri lama jadi sakit dekat dengan miss v tu? Even tidur nak mengiring ke kiri ke kanan pun boleh terasa sakit macam lenguh tu.
Luka ketika Doktor periksa pangkal rahim.
Assalamualaikum semua, maaf nak bertanya. Dua hari lepas saya bersama suami dan semalam selepas berbuka, keluar darah ketul. Jangan risau sebab saya terus rushing ke hospital berdekatan. Semasa menunggu giliran dan berulang ke tandas, Alhamdulillah tiada pendarahan berlaku. Doktor pun mengesahkan ketulan darah tu adalah sebab saya bersama suami dan minta untuk tidak bersama buat sementara waktu. Ketika di periksa oleh doktor dan di masukkan Speculum (gambar) boleh dikira secara paksa untuk memeriksa pangkal rahim telah menyebabkan luka dan pendarahan tetapi tidak sakit ketika membuang air kecil dan baby masih bergerak seperti biasa. Saya kerap menukar panty liner kerana tidak selesa melihat darah walaupun tidak penuh Saya perlu ke hospital semula atau tunggu beberapa hari? Adakah ibu-ibu yang mengalami perkara seperti saya?
Kurang Selera Makan
Assalamualaikum, hai moms sekalian. Saya pregnant dah 7 minggu. Masa dapat tahu tu kandungan dah 5 minggu, alhamdulillah takde mual-mual sampai sekarang cuma ada rasa nak muntah tapi boleh tahan lagi dengan minum air atau makan kuih bagi hilang rasa nak muntah tu. Start minggu ni selera makan takde, lapar tapi tak tahu nak makan apa ☹️ kadang makan nasi separuh senduk kicap dengan telur dadar sikit. Kiranya sebelum ni makan nasi separuh sekarang separuh senduk. Saya risau pada kandungan. Dalam masa 2 minggu boleh turun berat sekilo. Ada apa-apa cadangan atau nasihat bagi tambah selera makan tak?