Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Hoping for miracle
Puasa di awal kehamilan?
Assalamualaikum ibu ibuu ? Semalam saya check upt, Alhamdulillah saya nampak bayangan positif walaupun masih samar. Saya sekarang baru cd25, belum lewat period lg tapi memang selaluu perangai suka nak check ?Kalau betul2 ada, alhamdulillah rezeki ramadan tahun ni setelah saya keguguran bulan Oktober tahun lepas. Doakan saya yee ibu ibu semuaa. Dan apa pendapat ibu ibu semua tentang puasa di awal kehamilan? Boleh share pengalaman atau tips ibu ibu tak? saya cuma nak berhati hati supaya kandungan kali ni betul2 menjadi ?
Pantang gugur
Allah bagi pinjam 7minggu je dalam rahim untuk baby first setelah menunggu 1tahu. 8bulan. Saya dah keguguran semalam ? Boleh ibu ibu share mcm mana pantang utk yg gugur mcm saya? Dah tanya mak mak tp mak mak takde experience gugur, jadi tak pasti sangat. Terima kasih ye mommies semua.
Semoga baby masih ada ?
Saya cuma nak share berita sedih, tp dalam masa sama masih mengharapkan miracle. Harini 7w pregnant, tp dah dua hari keluar darah mcm period. Saya taktau darah apa, bila tanya orang yg berpengalaman katanya mungkin darah period yg masih tersisa. Tp disebabkan sakit perut yg teramat sangat, saya ambil keputusan utk pegi klinik. Doc buat upt test, positive. Tp bila cari sac tak jumpa ?? Doctor syak keguguran, tp setakat dua hari ni takde ketulan darah yg keluar, cuma darah biasa je. Skrg doc refer saya ke klinik pakar utk scan takut ectopic pregnancy. Doakan saya dipermudahkan semua dan semoga ada keajaiban baby masih ada dgn sihat dan selamat ? Lama kami tunggu baby first ni.
Sakit perut
Memang awal2 pregnant akan selalu sakit perut ya? Rasa perut bloated penuh angin,sakit sangat. Nak solat pun rasa seksa xboleh berdiri tegak ? Nak letak minyak angin tapi takut mudarat pulak. Any tips from mommies yang berpengalaman masalah sama. Thank you ?
Scan 2D
Harini pergi scan, usia 6w. Tp masih belum nampak kantungnya. Doktor cakap rahim nampak kembang ada possibility mengandung. Lagi pulak, saya dah kencing siap2 sebelum scan. Doktor pesan sebelum scan tu, biar je pundi kencing penuh. Tahan dulu kencing baru senang nak nampak kantung. Eksaited nak tengok baby tp xjumpa lg. Takpela, kita jumpa lg dua minggu ya baby ? Selalunya mommies scan bila boleh nampak?
Doakan saya ❤
Assalamualaikum mommies. Doakan saya yee ? Harini dah seminggu lewat period, check upt dapat double line. Eksaited betul rasanyaa, nampak double line pun dah rasa bahagia. Setelah 1tahun 8bulan ttc. Selalu asyik dapat false line jee. Doakan kalini betul2 ada zuriat kecil dalam rahim ni ?❤
Cara Test UPT yg betul?
Hai mommies. tadi pagi saya try buat upt test, belum lewat period lg tp saja nak cuba. Lepas tengok satu line jee, saya kecewa terus letak atas meja. Tapi skrg bila saya tengok balik, ehh ada double line? Valid ke tak bacaan mcm tu? Selalu mommy yg dapat double line tu mmg lepas check terus naik double line kee.... ?
Nak tahu
Cuba share week ke berapa mommies dapat tahu tengah pregnant? ?
Ikhtiar
Assalamualaikum. Hai mommies ☺ Boleh share tak apa antara ikhtiar yang mommies buat untuk dapatkan baby? Mana tahu boleh cuba yg bersesuaian. Thankyouu ❤