Suami marah saya tinggal anak kat dia untuk pergi ziarah mak saudara meninggal
Salam. Maaf sbb sy taktau nak luah kat mana. Mak saudara sy yg sy rapat meninggal jumaat lalu. Kebetulan anak sy umur setahun tengah kebah demam. Awalnya sy memang tak nak pergi, sbb nak jaga anak sy, tp fikirkan sewaktu mak cik sy masih boleh bercakap, kira2 sejak tahun lepas, sy tak pernah pergi jumpa dia sbb sy busy kerja dan jaga anak. Pak cik sy cakap arwah asyik sebut sy semasa dia sakit, jadi sy sebak sangat. Mak sy minta sy pegi. Sy minta izin suami, dia bagi tapi berat. Sy pegi 2 jam tengok mak cik sy buat kali terakhir sbelum dikebumi. Balik suami masam muka & taknak bercakap dgn sy. Dia marah sy sbb semasa sy takde tu anak sy menangis kuat. Susah juga ye jadi mak ni, serba tak kena. #nakluahsaja
Đọc thêmScan 7 minggu tapi tak nampak apa. Boleh jadi ke ada gangguan halus
Hi semua. Maybe ada yg fikir sy ni kolot sikit, tapi sejujurnya sy pun susah nak percaya jugak benda halus2 ni sbb belum pernah alami depan mata. Cuma jadi takut sebab ada orang sekeliling yg bagitau boleh jadi sebab benda halus, wallahualam. Semasa sy missed period 7 minggu, sy test upt dan dpt tahu sy positif, pegi scan klinik takde apa dalam rahim jd doctor refer sy ke hospital takut ectopic. Pegi hospital doctor buat laparoscopy tapi tak jumpa apa2 di kedua2 fallopian tube. Skrg tengah tunggu bloodtest utk tengok graf hcg level. Dalam doctor tengah cari punca dan rawatan ni, ada la kenalan yg advise itu ini termasuklah kata boleh jadi gangguan halus. Jadi sy macam takut pula. Nak kata sy mimpi buruk takde pula, sakit pun takde. Maybe ada yg boleh share? #advicepls #ingintahu
Đọc thêmScan baby 7 weeks tak nampak apa2 tapi UPT positive
Hi. Ada tak sesiapa pernah experience scan tak nampak langsung dalam usia 7 minggu walaupun test upt kat rumah dan kat klinik positif? Doctor suspect ectopic dan refer sy ke gynae esok utk tvs. Esok sy akan ke hospital tapi buat sementara waktu tu nak tanya kot ada yg pernah alami benda sama…#advicepls #ingintahu #seconbaby #7weekspreggy
Đọc thêmMakanan untuk baby elak cirit dan sembelit
Salam mummies. Anak sy 8 bulan baru lepas baik cirit (doctor kata maybe sebab dia suka masuk benda dalam mulut semasa dia selsema dan batuk sebelum kejadian cirit tu) dan dia ada juga sejarah sembelit masa 6 bulan. Skrg sy confuse nak bagi makan apa kat dia. Nak bagi nasi atau pisang takut sembelit. Nak bagi buah kiwi atau mangga takut perut dia upset pula and jadi balik cirit huhu. So macam mana ye?#FTM #firsttimemom #bantusharing
Đọc thêmSalam. Baby sy 8 bulan, sejak tiga hari lepas berak 3-5 kali sehari dan najis dia macam dalam gambar. Baby aktif macam biasa dan takde demam. Makan minum pun okay. Dia baru lepas baik selsema dan batuk. Selang beberapa hari dia dah completely baik dr batuk selsema tapi skrg macam berak kerap sikit. Sy dah bawa ke klinik, doctor suruh monitor shj di rumah dan bagi bagi ORS dan probiotic. Just nak tanya ni kira cirit ke tak ye? Kalau cirit, perlu ke sy bawa pegi hospital dah? #advicepls #firstmom #FTM #firsttimemom #firsbaby
Đọc thêmAnak tak nak pisah dengan puting mak
Hi mummies, anak sy nak masuk 3 bulan. Dia jarang meragam tapi kalau meragam, nak tidur mesti dia hisap puting sy sampai tertido. Dah try bagi puting lain semua taknak. Ada tips tak macam mana nak pisahkan anak dari puting mak? Nak hantar taska dah dalam 4 hari lagi, takut dia meraung tak jumpa puting sy kat taska 😭 #firstbaby #firsttimemom #ingintahu #advicepls
Đọc thêm