Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mummy of 1 sweet magician
Pergerakan bayi
Anak saya dah 33 minggu... makin susah nak rasa gerakannya.. banyak tidur je dia.. kumpul tenaga nak jumpa mummy die lagi 1 bulan lebih agaknya.. Tp mummy plak risau.huhuh
Anak itu rezeki dari Tuhan
Ramai pasangan baharu kahwin yang buat perancangan anak kerana kewangan tak stabil. Itu satu tindakan yang baik. Tapi jika Allah rezekikan mengandung di awal perkahwinan sedang kewangan kita tidak kukuh, jangan laa khuatir. Sesungguhnya rezeki ibu bapa itu mengalir dari rezeki anak yg dikandung dan bakal lahir. Positif selalu. Usaha semampunya. InsyaaAllah Allah cukupkan rezeki buat kita semua. Aamiin.
Mengandung sambil menyusu
Ada kesan ke kalau saya mengandung tetapi masih menyusukan anak saya. Anak baru setahun sebulan. Allah beri rezeki mengandung anak ke 2. Anak memang tengah kuat menyusu dan susu pun memang melimpah ruah. Tanya kawan, katanya ada doktor tak kasi teruskan penyusuan risau janin kurang nutrient. Tapi saya mmg usaha jaga diet, makan folic acid minum susu kambing 2 hari sekali. Makan sayur dan protein yang banyak. Okey je kan kalau saya susukan anak sambil mengandung?
Bersalin Normal selepas Czer
Ibu boleh kongsi tips ke untuk mudah bersalin normal selepas bersalin czer anak pertama. Saya risau sebab anak pertama baru setahun sebulan. Allah beri rezeki saya mengandung lagi. Usia kandungan masih baru dalam sebulan lebih. Terima kasih dahuluan ya bagi yang kongsi tips. Sangat memerlukan dan berharap sangat bersalin normal untuk anak kedua ni.
Cuci Tuala
Berapa kerap ibu cuci tuala mandi anak-anak?
Folic Acid
Hai semua. Saya nak tanya.. saya sedang mengandungkan anak kedua. Tp lepas bersalin anak pertama april 2019 saya mmg tak ambil Folic Acid langsung. Sampailah saya tahu saya pregnant yang ke dua ni, baru saya ambil semula.. Masa anak first memang saya makan dari awal kahwin smpai laa dah nak bersalin. Ada kesan ke pada baby kalau lambat makan Folic Acid?
Anak tak tidur malam.
Anak saya sebelum ni memang ada satu masa tu die xtidur malam tapi dalam 2-3hari jela macam tu.skrg umur 11 bulan dan die hampir 2minggu xnak tidur malam. Tidur pkul 11 malam bangun semula pkul 1-2pagi smpai subuh. Risau pula.tp siang die tidur macam.malam. mcm.mana nak bagi waktu tidurnya normal.semula?
Anak kurang selera makan.
Anak saya umur 11 bulan dan die kurang selera makan. Sebelum.ni makan 3-4kali sehari. Skrg 2 kali atau sekali je.. risau plak sebab badannya da susut. Mungkin sebab skrg tgah aktif memanjat memapah sana sini tapi risau laa juga.