Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
26195 Người theo dõi
Susu Ibu Sejuk Beku
Hi mommies, nak tanya. Sy akan berpindah rumah. Jarak dari rumah skg ke rumah baru dalam sejam. Boleh ke kalau sy letakkan susu beku ke dalam cooler storage dan bekukan semula bila dah smpai ke rumah baru? Atau xboleh? Sayangnye nak buang susu perahan ni, dah la byk. Mohon share knowledge.
Siapa tahu jadual berat bayi premature
Hai anak saya lahir premature, di buku biru baby cuma ada jadual berat bayi normal. Jadi saya ingin tahu berat baby premature saya ideal atau x setiap bulan #firstmom #pleasehelp #bantusharing
Makanan & susu
Hai. Apa yg ibu makan, akan jadi susu ke? Contoh saya makan kari (ada rasa pedas sikit), akan effect ke susu tak? Perut baby saya akan tak selesa ke? Atau takda kaitan langsung?
Aerola licin semasa menyusu
Mommies yg menyusu ada tak yang aerola/puting selalu licin semasa menyusu yg menyebabkan bayi susah nak melekap? Selalu terlepas atau hisap bahagian puting je sebab aerola licin kena susu. Ada solution tak?
Buka buku pink
Usia 8w 5d sudah boleh buka buku? Perlukah berpuasa ketika buka buku?#firstmom #ingintahu
Checkup klinik after bersalin
Hi , nak tanya, ada tak newmom yg tak pergi pun daftar checkup KK after bersalin? Kalau tak pergi register checkup any klinik after bersalin boleh ke?
Pantang suami
Hi korang, yang bersalin czer korang pantang suami berapa lama ya ? saya firstmom walaupun dah habis pantang pun agak takut lagi #bantusharing #seriusnanya #ingintahu
checkup klinik selepas bersalin
hi , perlu ke checkup di klinik selepas bersalin ? if tak register and tak pergi checkup ada issue tak?
Keluar keputihan warna coklat selepas bersalin czer
Sy first mom.. Sy bersalin czer. Darah nifas sy dh berkurang dan keluar keputihan warna coklat. Tu tanda darah nifas nk kering dh ke? Sbb sy tgk byk keluar.. Smpai sy boleh tarik sendri keputihan tu daripada faraj..#firstmom #seriusnanya 😢
Menyusu bayi 43 hari
Ada tak kat sini mommies seusia bayi saya? Mommies masih hadapi sakit puting masa menyusu tak?