Birthclub: Disember 2023 icon

Birthclub: Disember 2023

26212 Người theo dõi

Hỏi & Đáp

Pregnancy journey

My journey begins like;; 🦶🏻🦶🏻🦶🏻 Saya tak lewat dtg period, 3/4 hari sebelum tarikh next period, tangan mcm gatal nak try upt, end up double line. Syukur Alhamdulillah, tapi still tak bitau husb lagi. Tak kasitau semua org actly and masatu bulan puasa, saya pun tgh batuk teruk. Esoknya lepas check upt ada spotting sikit, i guess tu penempelan. Sbb ada baca symptoms apa semua. Hari ke3 lepas check upt saya amik keputusan untuk pergi klinik swasta sbb nak tanya boleh proceed untuk puasa atau tak, minta ubat batuk sbb takut nak makan ubat sembarang, dan minta folic acid sbb saya mmg tak ada amik any supplements. Since saya pjj dgn husb, raya baru dapat jumpa dia, raya juga lah baru saya bgthu husb and fmly. Ofcourse lah kita lah husb kita tahu dulu 🫣 dah salam raya sekali kaut duit raya dari husb, kita pun kasi lah ‘duit raya’ dekat dia. He noticed yg saya asyik muntah, tapi saya ckp ‘saya batuk teruk sampai muntah’. Our first scan on 8weeks, nampak kantung & janin kecik mcm biji kacang. But still in denial sbb saya tak kena alahan sgt pun. Batuk dah elok saya tak ada muntah. Sampai lah turn nak kena raya belah dia, all the way nak sampai rumah mertua, few times kena stop tepi sbb nak muntah, dah muntah kebulur lah pula 🤣 sampai rumah mertua, baru lah alahan tu sampai. Bak kata husb, tu lahh berlagak sgt tak rasa apa tak alah apa, kan sekali dia kasi. Saya alah dgn bau masakan, tumis2. Mmg sepanjang pregnant, tak ada tolong mil masak kat dapur. Pernah insist nak tolong end up berakhir kat tandas. Saya buka buku pink masa baby almost 16weeks, sbb saya pergi kk masa 13w tapi kk set new appointment untuk buka buku sbb dia ckp untuk buka buku pink sehari ada kuota dia. Saya kena tggu 2/3 minggu untuk dapat kuota tu. Tu pun dia selit2 nama saya sbb dia ckp dah lambat. Kena bebel juga dgn misi dia ckp ‘org biasa anak first laju nak buka buku, eksaited. Awak ni dah lambat ni buka buku.’ Well said, saya baca kat internet lepas 12weeks biasa org buka buku. Ingt 13w tak lah lambat sgt 😅 Okay nanti sambung 🤪 nak share untuk baca masa akn dtg. Kot nanti putus urat lepas bersalin, boleh rewind balik zaman mula2 mengandung 🙈#firsttimemom #firsttimemom #firstmom #firstbaby

Đọc thêm
Thành viên VIP
 profile icon
Viết phản hồi
Pengalaman sy emergency czer sbb baby distress (lemas sbb lama sgt nk keluar masa meneran). 1st Dr akan cucuk ubat epidural kat blakang area tulang punggung sbg ubat bius. Lps tu trus rasa contraction hilang sepenuhnya. Saya kne bius separa jadi sy boleh saksikan kejadian masa pembedahan. Tirai perut ditutup jgn risau. Awk hanya nampak lampu bedah besar tu je atas awak dan nurse yg ramai disekeliling awk. Ubat bius sapu pun Dr ada apply kat perut sblm pembedahan. Semasa pembedahan, badan automatik menggigil sbb efek bius x silap. Tak rasa sakit langsung sepanjang pembedahan. Sakit akan mula terasa setelah 6jam lps pembedahan dimana power ubat bius dah habis so awk akan bergantung dgn pill tahan sakit yg dibekalkan hospital. Beg kencing akan dipasang pada saluran kencing awk sbb beberapa jam (lupa brapa jam) slps pembedahan awk x dibenarkan bergerak, mkn, minum. Lps dia cabut, boleh bangun. Dan mmg time tu Dr paksa awk bangun sendiri sbb apa pun sy dah lupa maaf 😅 Luka czer sgt lama nk sembuh sbb dia major operation sama situasi mcm pembedahan penyakit lain. Pantang a little bit different. Sblm tu nk citer situasi masa pantang. Sepanjang tu mmg seksa sgt nk berak, kencing, batuk even ketawa pun susah. Nak tunduk ambil brg apatah lg. Minggu pertama dan kedua sampai pundi kencing penuh tgh mlm sy ingt lagi rasa senak pastu minta suami papah nk bangun gi toilet. Buang air besar pun sy dlm keadaan berdiri tp berpaut pada something. So penjagaan pemakanan amat penting. Luka czer kne jaga betul2 mcm pihak hospital ajar. Guna ubat sapu yg dibekalkan. lps mandi keringkan dia betul2. Dap2 dgn kapas kemudian keringkan lg dgn hair dryer. Klu lembab nnty bernanah. lagi parah jahitan terbuka blk dh satu hal kne gi spital blk. Pantang makan - no mknn berminyak - no mknn berangin - no mknn pedas - no mknn keras atau apa2 yg bikin sembelit - no mkn minuman sejuk - bykkan air masak - bykkan serat dan buah. (buah yg disarankan oren. Lelain sy x pasti tp epal rasanya ok juga) - Jgn mkn ikan haruan, pati dan seumpamanya. Ya dia percepatkan penyembuhan tp dlm kes czer (luka besar), awk memaksa dia utk sembuh cepat. Akibatnya daging dlm badan tu dia bercantum sesama sendiri risau melekat dekat organ lain pula. Biarkan luka czer sembuh sendiri secara natural. pantang lain - jgn angkat berat. Even setelah setahun awk dh boleh beraktiviti kasar atau angkat berat pun masa tu still rasa denyut kat tmpt czer (pengalaman sy). - pemakaian bengkung patut elak awal minggu 1,2. Jgn paksa diri. Pakai bila rasa mcm badan boleh accept. tu pun xperlu pakai ketat2 sbb bengkung pd sy x menjamin kempiskan perut. Sy dlu x pakai sbb xmampu. Perut kempis blk ramping mcm sblm pregnant 26 inch Alhamdulillah hanya dgn jaga makan. yg penting air sejuk pantang setahun klu nk pinggang cantik.
Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
Xem thêm bài viết