Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
22537 Người theo dõi
allergic atau rash biasa
saya tak ada allergic apa2 dari makanan, tapi bayi saya selepas menyusu je macam ni. gatal2 begaru2. ada mommies boleh bantu
Berat badan
Ada tak mama² yg baby dia ada masalah kurg berat badan🥺 baby saya 4 month berat 4.3 ja🥺🥺 ada tips tak untuk naikkan berat badan . Sekarang dia tengah minum susu dupro . ke tak oky sbb berat naik sikit je
Breast besar sebelah
Siapa ada pengalaman breast besar sebelah? Baby direct. Fully bf. Breast jadi besar sebelah sebab dia nak one side je but kekadang offer juga yang lagi sebelah. Now cemana ye nak seimbangkan balik both breast jadi sama besar???
Baby tidur tak lena
Hi. Anyone ada tips tak untuk bagi baby tidur lena? My baby 2 bulan lebih. Tapi kadang kadang tidur tak lena. Kalau tidur letak atas tilam, baby akan tidur kejap je dalam 30 minit macam tu. Then dia akan terjaga. Kalau tidur buai, tidur lama sikit tapi ada gerak gerak sikit. Pastu my baby kalau bedung, beria dia nak keluarkan tangan dia. Tapi bila tak bedung, tangan dia akan gosok gosok muka, mata bila nak tidur. Macam orang resah & terganggu. Ada tips tak?
Sikit luahan
Maaf ya ni takde kaitan sangat dengan kesihatan baby atau apa. Rase kat sini je tempat nak luah tanpa orang tahu. Bulan 11 tahun lepas sy bersalin. Kirenya baby dh nak masuk 4 bulan. Sy tinggal dekat dengan mil. Anak sy ni cucu pertama mil fil dan cicit perempuan pertama keluarga belah husb. Dari sy bersalin, dalam pantang memang mil fil suka tengok baby. Tu sy tak halang, sy tak kisah pun. Tapi bila baby nk tido diorang tak faham. Walaupun baby dh nampak sangat mengantuk masih tak faham. Sy ni jenis lembut skit, tak sampai hati nak tegur. Iyalah, dh orang tua kan, spatutnye faham la sebab pernah ada anak. Kes 1: Mase sy hujung² nk habis pantang (mase ni dh balik rmh sendiri), waktu malam, sy dah tidokan baby pastu letak dalam baby cot elok². Pastu sy nk rehat nk makan dengan husb kat meja makan. Dengar la orang ketuk pintu. Rupenya mil datang dengan tok. Kate mil, tok nak tengok baby. Mil pun masuk dalam bilik bukak lampu pastu angkat baby dari baby cot. Sy mase tu tercengang, sebab baby dh elok tido waktu tu. Husb pun tercengang sama. Dia tak tahu nak kata apa. Last², sy rase nak nangis sedih semua laa, sy duk je kat meja makan tu. Mil tok ngan baby ade kat ruang tamu. Sy pun tertanya², yang diorang ni takde common sense ke? Waktu malam waktu baby nak tido. Sy pun nak rehat, sy letih. Kes 2: Biase petang lepas mandi sy akan tidokan baby sebab taknak baby tido waktu maghrib. Mase tengah dukung tidokan baby (dh hampir tido ya), mil fil datangg. Mil ambik baby dari dukungan sy. Sumpah time tu sy rase nak nangis marah kecewa dengan diri sendiri sebab tak pandai nak bertegas. Last², baby mestilah bangun, dengan suara kuatnya. Kes 3: Harini. Dari 2:30 sy cuba tidokan baby sebab skejap² nangis nak tido. Sy berjaya tenangkan kul 3 lebih. Time tu lah mil datang. Katanya nak tengok baby. Lepastu ambik pulak baby dari sy. Dah bagitahu baby baru nak tido. Lembik je baby mil pegang sebab dh mengantuk sangat. Tapi mil cuba cakap jugak dengan baby, sy senyap je waktu tu sebab dh penat duk hayun baby, ketar² dh lutut. Xlame tu mil bagi baby kat sy kate 'pergi la tido'. Sy pun dengan rase tak larat dh, tidokan balik baby sebab baby start nangis balik. Sikit lagi baby nak tido, mil datang pulak tanye barang dapur sebab yg mil dh habis. Sy tak kisah barang dapur tu, tapi mil duk bcakap kuat pulak dengan baby kat dukungan sy tu. Cerah balik mata. Lepas mil balik, sy cube tidokan xboleh pulak. Sy biaa atas toto, tak lame tu nangis skali lagi. Dengan sy nangis. Lame tau cube tidokan baby. Letak dalam buai nangis, kene pujuk pulak dengan dukung pastu hayun badan sy. Dari kul 2:30 baby ngantuk, kul 4:45 baru boleh tido. Kesian pulak baby. Ade lagi sebenarnya tapi yg ni jelah sbb dh panjang. Ade je kadang² husb bagi hint kat family in law bile baby letih atau ngantuk tapi tu la, masing² macam tak brape nak faham. Untuk bakal mommies tu, siapkan mental korang elok² tau. Lepas bersalin ni memang lain ya, kalau sy ni asyik nk marah je. Rase semua benda tak kena.
Luahan seorang first mom
Salam semua.. macam mana nak kuatkan mental yee? Saya duduk serumah dengan mak, saya ada baby usia 4 bulan. Saya cuba nak bukakkan stokin baby bagi dia ada sensory bahagian tapak kaki. Tapi mak saya tegur nanti badan baby masuk angin. Apa saya buat semua salah pada mak saya.. Sebelum ni dia tak bagi saya bukakkan mitten baby tapi sebab pengasuh tegur kena bukak bagi baby merasa pegang barang barulah mak saya bagi cabut mitten tu. Penat nak hadap sebenarnya.. orang tua je lah sentiasa betul. Apa saya buat semuanya tak betul. Haihh
mcm mana taknak bagi baby 2 bulan batuk .?
baby 2 bukan batuk sbb berjangkit kakak2 dia. Mcm mana nk hilangkan batuk dia yaa . kesian plak tengok dia
hi mummy,ad tips x utk bby 4month xsihat batuk² smpai xde suara ,dh smggu msih xsembuh2
any tips untk bby batuk
okey ke tak ye? najis baby macamni
hi mom s nak tanya okey ke tak ye najis baby macamni fully formula. risau pulak saya first mom agak confius mana okey mana tak. ilmu pun takbanyak lagi. baby 4bulan please notice yaa mom #Needadvice #bantujawab #firstmom #mohonbantujawabbunda #sharing
Sakit Selepas Bersalin
Hi, anak saya dah 4m+ dan saya nk tanya momies yang selepas berpantang bila waktu momies start bersama? Dan saya nak tanya ada tak masalah macam saya yang sakit ketika bersama? Adakah sebab jahitan saya masih belum fully recovery?? Terima kasih yang sudi jawab 🙏#Needadvice