
Hye moms, sejak saya mengandung, saya kerap dindatangi mimpi-mimpi buruk seperti ada wanita ingin menjemput anak dalam rahim saya untuk pulang mengikutinya. Bukan itu sahaja, sejak pregnant jugak, saya kerap diganggu oleh makhluk2 yang datang sekilas macam kelibat hitam. Selepas anak lahir pula, saya kerap bermimpi dibawah minda sepatuh sedar dan mimpi itu seakan realiti. Saya kerap mimpi anak saya diganggu oleh makhluk berkenaan seperti susuk tubuh lelaki bersisik dan separuh badanya adalah ular hitam. Selain itu, wanita yg datang untuk menuntut anak saya ketika masih hamil pun datang menyatakan hal yang sama. Apakah ini masalah emosi saya yang terbawa ketika tidur ataupun hanya mainan tidur? Kerap sangat lepas saya terjaga dari mimpi tu anak saya akan menangis non stop.#firstbaby #firstmom #pleasehelp #bantusharing
Đọc thêm
Hye moms…anak saya baru nak masuk 3 bulan, tapi dia kerap berjaga pagi buta dalam pukul 1 sampai subuh. Saya memang nak tukar rutin tidur dia, tapi bila saya hold dia tido siang..Malam dia akan meragam macam teramat letih. Jadi saya nak tanya moms, patut ke saya main tukar jer rutin tidur dia or just biarkan jer? Sbab ada moms yang kata baby bawah 3 month ni memang susah sikit nak tukar jadual tidur but bila dah masuk 3 month ke atas, dia punya rutin tidur akan tukar sendiri. Betul ke?#firstbaby #firstmom #pleasehelp #bantusharing
Đọc thêm

Hi. Saya nak tanya, saya baru lepas bersalin 2 bulan lepas. Telah mengambil perancang depo (injection) juga pada bulan 10 lepas. Sepanjang minggu lepas, saya dah mula datang period, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tiba-tiba harini keluar darah & sesuatu dari faraj saya, seperti dlm gmbr. Adakah puan-puan tahu apakah ia? Adakah seperti keguguran atau apa ya? Tq! #pleasehelp
Đọc thêm

Overthinking selepas ambik perancang
Mommy maaf kalau soalan ni agak kasar or privasi. But pernah ke korang rasa lepas ambik perancang ni hubungan dengan suami macam ada yang x kena. Seperti yang umum kita tahu, perancang ni ada side effect. Ada perancang yang buat kitaran haid x teratur, kerap makan sampai badan naik, pastu emosi tak tentu pasal, dan ada orang yang akan hilang rasa nak bersama dengan suami. Bila jadi macam ni , mula lah nak overthinking lagi2 masa pjj ni. Bila suami kata nak makan dengan kawan ke, kita dah pikir lain. Pikir suami kita ada orang lain lah, pikit kita x boleh bahagia kan dia lah, pikir dia x suka kita yg montel ni lah. Macam mana nak hadap situasi tu ya? #seriusnanya #ingintahu #pleasehelp
Đọc thêm
Pospartum depression atau just penat jaga anak?
Mommy anak saya jenis high need baby. Tapi bila dia tengah meragam n saya cuba pujuk, otak saya akan berfikir 1001 cara nak bunuh dia. Tapi hati masih waras, x sanggup buat benda2 tu n always nasihatkan diri yang tu bisikan syaitan. Bila anak meragam semua pisau atau benda tajam saya simpan jauh2. Masa saya pregnant pun saya asyik fikir nak gugurkan kandungan sbab saya takut saya tak mampu besarkan dia elok2. Saya cuba perbaiki solat, tapi saya kerap mimpi anak saya yg bukan2. Adakah ni pospartum depression atau saya agak keletihan?. #pleasehelp #firstbaby #firstmom #ingintahu
Đọc thêm
Hi mommies! Boleh tak mommies suggest umur berapa bulan sesuai utk sunatkan baby? Now anak sy dh 2 bulan 18 hari. Sy mmg bercadang nak sunatkan anak masa kecik ni. Or mommies2 yg ada pengalaman sunatkan baby lelaki masa kecik boleh share experience kt sini juga ☺️ #ingintahu #firstbaby #firstmom
Đọc thêm
Hi mommies. Anak sy dh 4 hari x berak. Sy bf & fm pada anak sy. Setahu sy kalau fm anak kene berak juga dlm sehari kan. Anak sy dh 2 bulan lebih, dia asyik tidur je siang and malam. Dia x meragam & perut x keras. Sy dh buat urutan ILU, kayuhan basikal semua tu. Anak kerap kentut. Time dia kentut tu busuk mcm kentut org tua. Cuma sy risau anak dh x berak 4 hari 😭 Normal ke mcm tu? Or maybe anak sy kuat tidur ke sampai dia x rasa nak berak 😅 Ke mcm mana? #pleasehelp #firstmom #firstbaby
Đọc thêm