Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
21516 Người theo dõi
Buasir luar
Hi mommies.. ad sesiapa 3rd trimester ni ad problem buasir, bengkak teruk smpai sakit tu tak? Ad petua nk hilangkan cpt tak? Sye da buat sitzbath tp bengkak yg sakit tu x hilang pun.. pastu masih blh bersalin normal kan mcm ni?
Berat baby turun
Hai mommies. Saya baru je melahirkan baby prem 35w4d. Harini hari ke 7 berpantang. Semasa dilahirkan berat baby 2.53kg. Sekarang berat baby menurun kepada 2.05kg. Boleh share tips n pengalaman tak untuk naikkan berat. Sekarang saya n baby dipantau di ward 😭
Second baby - Dah keluar darah sikit tapi masih belum rasa contraction
Hi ada tak yang ada pengalaman. Dah 37weeks pergi hospital baby tak gerak dah buat ctg dan check jalan baru 1cm. Takde contraction. Tapi keluar darah lepas doktor check bukaan. Doktor suruh balik dan pantau jika ada contraction kerap baru ke hospital. Sekarang masih takde contraction. Normal ke ye?
Sakit ari-ari
Hi saya 37 minggu menunggu hari la kan. Tapi sekarang sakit betul bahagian ari-ari ni. Bila berjalan tu sakit sangat. Ada sesiapa rasa yang sama?#firsttimemom
BILA BOLEH START APPLY MATERNITY LEAVE?
Hi Mommies, nak tumpang tanya biasa week ke berapa ye dah boleh apply maternity leave? Saya first time mom 🥹 terima kasih #bantujawab #firstmom
Pakaian berpantang.
Ada ke yang berpantang pakai seluar pendek? Tapi pakai stokin.. sbb panas 😅 ke pakai je seluar/kain panjang tapi tak pakai stokin?
Assalamualaikum sis nk tnya.
Td nampak org jual durian teringin Sgt, so sy mkn 2 ulas ptg td.. Tp esok kne minum air gula.. Agak2 sangkut x ye.. First baby x sangkut.. #ingintahu
Gbs+ kena bersalin awal ke ye?
Hi momyy nak tanya siapa ada pengalaman mengandung ada gbs+?doc akan suruh kita serah diri awal ke? First mom risau² pulak
Balik bersalin di kampung
Hi mommies. Bagi mommies yang bersalin di kampung (5 jam++ perjalanan), minggu ke berapa ya mommies balik? 3 minggu awal atau sebaliknya. #SeriusTanya #bantujawab #firstmom
Bius Full czer
hi ade x mommy2 yg czer tp bius full..td jumpa pakar OnG dgn pakar bius..diorg bgtau full bius high risk..bole mnggal juga kalau oksigen drop..sedih td blk hsptal..xsabar nk sambut baby 1st..tp dlm mase yg sama sedih sgt ..mcm da tau ajal kita bila..btway high risk sbb sy ade mslh penafasan..