Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
33861 Người theo dõi
Breast Pump untuk breast kecil
Hai momies ada suggestion untuk breast pump bg breast kecil x? #firstmom #pleasehelp #firstbaby #bantusharing #breastpump
Dalam pantang memang auto jadi manja lebih ke dgn suami 🤣 nak suami ada sebelah jeee
Dalam pantang
KAHAK NEWBORN
adakah bby yg newborn full bf boleh berkahak . apa solusi nya ?
Tips bersihkan hidung anak
Hai. Boleh tak mommies share kan tips macam mana nak bersihkan hidung anak ye? Nampak kotoran agak dalam kat hidung anak saya, tapi struggle nak keluarkan sebab anak meronta, risau tertolak masuk lagi dalam. Please share kan tips 🙏
wanita yang…..
hi. selalu dgr lelaki je yg kena sabar time isteri pantang, lelaki isteri boleh bantu, klau isteri yg horny bila berpantang nak buat mcm mana ya? darah nifas masih ada pulak tu Ya Allah sy sorang je ke camni 😂 tp takda laa sampai tak tahan sgt cuma rasa tu ada aduhhh nyilu. sy skrg hari ke 40 dah. haritu2 laa yg sy rasa nie time awal awal pantang harituu hahaha skrg okay je
susu ibu dah tiada
hi semua. saya nak tanya normal ke kalau susu ibu dah tak ada? saya ada susu dari hari pertama sampai hari ke 20 sahaja🥲 tapi orang sekeliling asyik push saya bagi susu ibu dekat baby.. saya bekerja, jadinya saya tanak consume apa2 supplement sebab takut menganggu kerja.. ada masalah ke kalau saya teruskan bagi baby susu formula?
Najis bayi
Nak tanya before ni saya bg baby susu formula dutchbby najis color kuning ada texture. lepas tu saya tukar ke lactogen baru 3 hari try. najis baby cair dan berbau dari sebelum ni. baby tak sesuai ke maksudnya susu yang baru?
Luahan hati
Salam mommies . Sekadar meluahkan ye jangan kecam . Saya dah 28hari berpantang . Dan pjj dengan suami sebab berpantang rumah mak . Then hari ahad lepas saya mnta suami amik saya bawak balik rumah saya untuk pantang sendiri sebab anak sulong saya demam . Mngkin rindu ayahnya . Lepas dia amik dah sampai rumah , saya ternampak fon dia ada apps Michat (satu dating apps) . Saya terus angin . Sebab bukan pertama kali . Kali pertama masa saya pantang anak first . Kantoi . Ni pantang anak kedua kantoi lagi benda sama . Saya tanya dia apa je yg tak cukup ? Anak pun dah dua ? Apa lagi yg awak nak kan ? Dia pun luahkan , yg dia nak saya layan dia . Tapi dia faham keadaan saya yg tgh berpantang . Tapi layan tetap kena layan . Dia cakap saya selalu tolak kalau dia nak . Siap cakap kalau selalu tolak permintaan dia, time tido pun malaikat taknak doakan saya . Sebab saya ni berdosa tolak . Masalahnya badan saya baru nak recovery semula . Baru nak built tenaga semua . Bukan saya taknak . Masalanya badan masih belum bertenaga sepenuhnya . Dengan masalah bengkak susu lagi . Nak layan anak sulong cranky lagi . Takkan lah saya nak layan dia tapi dalam masa yg sama saya takde nafsu ? Just pura pura macam bernafsu ? Jadi fake ? Dia mengaku dia donload apps tu n mengaku silap dia . Tapi disebabkan saya taklayan permintaan dia , dia nak hilangkan gian dengan cara macam tu . Saya sedih sangat . Memang saya berniat lepas pantang saya akan lyan dia semula. Sikit je lagi . Taklama dah nak hbs pantang . Tapi ini yg saya dapat . Sedih kecewa . Anak dah dua dah . Saya balik rumah dengan perasaan marah saya buat kerja rumah sendiri macam saya ni tak berpantang dah . Urus anak , masak, basuh baju lipat baju. Angkat baldi mop lntai, vacuum , dia buat tak endah je . Dia cakap dengan cara tu saya dapat legakan hati saya . Kepala otak dia la . Baru seminggu pjj dah kantoi . Apa boleh saya buat ek . Hati saya sakit sangat . Saya takde plak terdetik nak cari kenalan lain sepanjang pjj . Tapi dia senang lenang je .
Najis bayi warna merah
Normal ke kalau najis bayi warna mcm ni? Sebab saya ada bagi dia makan buah naga semalam & pagi tadi. Tapi sebelum ni pernah je makan dragon fruit tapi tak pernah pulak najis dia warna merah mcm ni
Nak bertanya
Salam moms 🖐️ Nak tanya masa bersalin anak pertama saya bersalin secara emergency czer dan anak kedua pun saya bersalin secara elektif czer kalau saya pregnant anak ketiga boleh ke bersalin VBAC (Vaginal Birth After Czer) walaupun jarak jauh dgn anak kedua...atau saya tetap kena bersalin czer juga??