Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
36367 Người theo dõi
kurang berat badan bby 7 bln
hai ibu saya stress fikir psl brat bby sya..bnyk mnurun dah bagi bubur dia tolak pulak..klau nestum cerelac tu dia nak berat 5.15 kg sahaja..penat tau pikir mcm mna cara nak bagi berat naik..sbb berat anak saya menurun misi nak buat lawatan kerumah
Tak suka pegang barang
Hi mommies. Anak saya hampir masuk 7 bulan & baru je pandai meniarap. Normal ke kalau dia kurang suka pegang barang? Dia pegang tak sampai 30 saat dia akan campak. Makanan atau botol susu pun tak pandai pegang sendiri lagi. Saya risau la 🥺#advicepls #firstmom #help #bantusharing #firstbaby
cara nak ajar anak susu botol
anak saya dah 7 bulan saya nak ajar dia minum susu botol..skrng bby masih fulldf..ada tak tips nak ajar anak minum susu botol?saya dh try bagi yg straw dia nak je klau air tu air masak..klau susu dia tak nak..kita kena try bagi bnyk kli ke?ke ajar guna kaedah lain?
BAYI 6 BULAN BOLEH MAKAN APA
Anak saya baru masuk 6 bulan. Sekarang saya cuma bagi bubur nasi yg diblend. Selain itu boleh bagi cadangan menu yang simple? Saya nak yg paling senang dan mudah.
sembelit masa pantang
najis keras dah macam2 ubat saya cuba tapi tak jalan hmm harini hari ke 30 still luka episiotomy belum sembuh sebab sembelit 😓😓😓😓 besar ujian saya ni
Muntah kembali ketika 35 minggu kandungan
hi Sy nk tanya . Sy dh takde alahan mengandung muntah mcm sebelum ni last waktu 6 bulan . tiba2 SMLM Sy sakit sangat pinggang dgn celah kangkang. Sy senaman la sbb sy kira itu kontraksi palsu sbb tak cukup bulan lagi . Hari ni Sy dh start muntah² lebih 10 kali beserta rasa badan tak selesa , bwh perut sekali sekala sakit , dan kencing Sy pagi tadi ada 1 kali berwarna nk keperangan . tapi lepas tu dh takde cuma warna kuning . adakah ia tanda nk bersalin?????
nak tanya?
ibu2 ada pengalaman tak anak ibu2 tumbuh gigi awal mcm anak sy , sy tak perasan pun gigi anak sy tumbuh anak sy baru masuk 6 bulan.
Tambah susu
Hi mommies. Normal ke anak dh 6 bulan tp susu badan mcm berkurang. Bila terjaga malam, bg bf tetap nangis. Mcm tak cukup susu. Kena buat juga susu botol. Mmmg macam ni ke? Ke kena minum supplement banyakkan susu dah? Tq
19 week perut belum nampak sangat
Hai mom semua ... Kita pernah melahirkan scara czerr .. klau melahirkan kali keduaa memang perut nampak kecil ke ? Sebab kandungan saya dah 19 weeks .. taknak la pikir bukan² 😅
berat badan anak makin teruk
hai ibu anak sya unur bar masuk 7 bln tapi berat badan dia 5.15 sja dah makin teruk nurse ckp smpai nak buat lawatan kerumah..ada tak tips utk bagi berat badan anak naik?saya dah cuba mcm"tapi tak naik juga#bantusharing #firstmom