Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
29583 Người theo dõi
Makanan berpantang
Sbnrnya tgh pantang boleh tak makan coklat, gula, kek atau yg manis2 ye? Teringin betul makan coklat.. Otak sy duk fikir pntang makanan yg jnis gatal2 n berminyak serta berangin yg sejuk utk elak kita sakit n baby kembung.. Tp klau yg manis2 mcm kat atas tu boleh ke tak maka sbnrnya?? Mohon penjelasan
Harap cepat ada tanda bersalin
Due date 22/2. (39weeks 2days) Hari ni checkup scan baby dah 3.6kg. Amat menyeramkan sebab sepanjang mengandung ni sy sedaya upaya control berat.. total berat 7kg je dari awal sampai hari ni 🥲🥲 Anak pertama czer masa 36weeks Hrp sangat anak ni dapat bersalin normal… bila la nak turun tanda2 bersalin 🥹🥹🥹🥹
Ada sesiapa yg pernah miss appointment KK?
Sy skrg 39w, kiranya 1 minggu kena pergi checkup sekali Minggu lepas masa tarikh appointment rasa baby kurang gerak, terus refer hospital, pstu miss appointment KK KK ada call 1 kali tapi ter miss jugak 😭😭😭 Mcm mana ya harus sy buat? Call Kk tak angkat pulak 😫
Tiba2 admit ward dan tunggu hampir 16 jam untuk pembedahan.
Assalammualaikum, sy nak bertanya dan kongsikan berkaitan hospital kerajaan yg sy admit. Sy pada mulanya dikatakan boleh lahir secara normal kerana berat baby saya 2.6. kg (masa scan 37minggu). Sekarang scan 38minggu 5 hari berat baby doktor cakap 3.4 kg. Saya memang trauma dan terkejut sangat. sebab tiada persediaan nak admit ward dalam masa sama nak ceasar. Paling perit saya tak makan dan minum apa2 sejak dari jam 8 mlm smlm. Sy start datang hospital jam 4.30 pagi sbb spotting. Kalau la sy tau sy tak kan p seawal tu dan tanpa makan apa2. Hospital yg sy admit ni pula kakitangan tak cukup seperti pakar bedah sbb hari cuti(jumaat). Sy cuba bawa bersabar tapi bila dipasang tube kencing sy lagi bertambah sengsara dgn tak dibenarkan makan serta minum apa2 sehingga dibedah. Mohon semua doakan saya dan baby. Saya dah tak kuat.😭
baby susah berak
assalam ada tips x baby susah buang air besar. umur bru 8 hari n ada kuning..
berkongsi kabar gembira...
Alhamdulillah syukur saya ucapkan atas keselamatan bayi dan saya, 40week 1day saya dh selamat bersalin baby girl semalam pada 11.40pm 11hb 2 .. bersalin normal dgn 5jahitan, mula nak bangun subuh lepas tu terasa ada yg keluar air bnyak keluar tp tak ada tanda2 sakit, p klinik check belum buka jalan, lepas tu pkul 10am klinik suruh balik, balik mandi makan jam 2 baru ada rasa sakit setiap 5 menit sekali, p klinik sakit makin kerap, pkul 9pm dah start rasa nak teran pkul 11.40 baby selamat keluar, fyi saya tak pandai teran baby lama sangkut kat pintu vagina pasal tu leher baby kena lilit tali pusar, padahal saya dah praktik dekat youtube belajar atur nafas tp time sakit datang nafas saya tak panjang...semoga ibu2 yg tengah tunggu nak bersalin selamat dan dipermudahkan segalanya..selamat ibu dan selamat baby Aamiin
Baby newborn
Siapa tahu, kalau baby selsema atau ada kahak dia macam mana ye? Sebab menyusu semua okay je, cuma lepas susu tuh dia macam tak selesa sikit
Masih menanti
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum semua Harini saya dah 38 minggu 5 hari. Due saya pada 26/2/23 nanti…. Baby betul2 pada kedudukan bawah…. Tapi belum ada tanda2 nak bersalin lagi…. Mohon doakan saya Nurhameeza Zakaria dipermudahkan segala urusan bersalin dan semoga selamat bersalin normal tanpa koyakkan & jahitan , kurang rasa sakit dan baby pun sihat dan selamat . Aamiin ya Rabbal aalaamiin 🤲🏻🤲🏻 Doakan saya . Lebih 40 orang yang doa , In shaa Allah dimakbulkan . Saya juga doakan semoga ibu-ibu yang menanti hari bersalin dipermudahkan urusan bersalin , selamat ibu & anak. Yang masih belum dikurniakan zuriat akan diberikan zuriat kelak In syaa Allah. Aamiin ya Mujib . Terima kasih semua moga Allah mudahkan segala urusan kita dan doa doa kalian kembali semula kepada kalian semua, In shaa Allah .. 🤲🏻🤲🏻 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 🤲🏼🥰 Rabbi yassir wala tuassir.
sy confius ceazer sy bernanah + darah hujung beng nak g emerjency or g kk je,rasa menyusahkan pula..
tlong sy,
Prosedur serah diri
Hai ibu2 semua.. saya due 17/2 ni.. ada yg sama due date tapi dah bersalin ke.? Saya belum ada tanda2 bersalin lagi.. 17/2 ni kena serah diri sebab ada gdm on dc.. kalau serah diri macam mana prosedur nya ya.. hari yg sama ke kena induce.? Siapa ada pengalaman induce.? Sakit tak ibu2.. 🥹