Pantang 44hari tu pantang dr segi apa je ye? Bole detailkan?
Yg saya tau pantang bersama suami.. ni biase saya buat lebih skit sbb masih ngeri nk bersama.. Kalau pantang mkn tu mmg kene 44 hari ke? Apa yg kene pantang sbnarnya ye? Saya dr bersalin smpai la hari ke 8 duduk di wad. Wad bersalin then sambung Nicu. Makan, terus terang saya ckp, saya mkn je apa yg diberi hospital. Ayam rendang, ayam tomyam, ayam kicap, ayam kurma.. buah tembikai pun saya taram je.. Maklum la berpantang sendiri. Hsptl dgn rmh jauh. Husband hnya boleh dtg wktu melawat jam 5ptg sbb urus anak bersekolah.. So saya mls nk susahkan dia. Saya mkn je la apa yg ada. Alhamdulillah bdn ok, jahitan ok, baby ok.. Bila dah balik rumah, saya masak mcm biasa cuma x pedas.. Pedas pun blackpaper je tp bkn utk semua menu.. Bila bole start mkn pedas ye? Cth mcm sambal nasi ayam, smbal nasi lemak.. ini lps 44hari ke? Kalau dlm lauk biase sy ada guna lada bsr merah/lada bsr hijau. X pedas.. Keluar rmh dgn baby pun lps 44 hari ke? Saya lasak skit kali ni.. sbb kuar nicu, mmg kene ke kk selang sehari + suami singgah kedai saya ikut gi cri brg keperluan.. Dan masa hari ke 10 saya travel balik rmh mertua utk 2 hari.. Jd pantang 44hari tu dr segi apa ye, utk saya & baby ? Bole jelaskan tak.. maaf bkn pertikai, maklum la berpantang sndiri jd serba serbi terkurang terlebih.. Klu dlu ade mak jaga, ada adik belikan brg.. Skrg semua sndiri..
Amalina hantar WhatsApp kat Kak Mel tunjuk gambar baby Bella yang baru bersalin. Alhamdulillah tahniah Amalina dah selamat bersalin di London. Amalina kata ramai makcik bawang di Malaysia dok kecam Amalina sebab tak berpantang selepas bersalin? Kami pun tergelak je tengok kecaman makcik bawang ni. Jangan laa kutuk, kecam dan ugut ibu yang baru bersalin. Jangan laa jadi macam makcik bawang. Kita mesti sebarkan ilmu pengetahuan, wanita selepas bersalin memang tak perlu ikut amalan berpantang cara lama untuk kesihatan. Tak perlu ikut pun sihat je. Kita mesti hormat dengan keputusan wanita berdaya yang ada ilmu tinggi tentang kesihatan yang mahu ikut nasihat doktor pakar O&G bahawa tak payah ikut pun amalan lama berpantang untuk sihat. Wanita Malaysia mesti jadi empowered women iaitu wanita berdaya, supaya yakin membuat keputusan untuk diri sendiri dan tak takut di kecam oleh makcik bawang. Hanya makcik bawang saja ingat semua ibu di seluruh dunia ni berpantang mengikut amalan yang sama seperti makcik bawang, sebab makcik bawang tak buka minda dan tak pernah lihat cara orang-orang lain menjaga kesihatan selepas bersalin. Makcik bawang tu ingat Queen Elizabeth yang sihat sampai usia 96 tahun sebelum meninggal dunia tu berpantang selepas bersalin ke? Mai nak habaq, lebih dari 700 ribu ibu bersalin di negara UK setiap tahun, lebih ramai lagi dari ibu-ibu yang bersalin di Malaysia. Mereka tak pun ikut budaya berpantang selepas bersalin. Mana ada perkhidmatan bertunku berpilis bertangas di UK? Mana ada confinement ladies di UK? Memang pun semua ibu-ibu berpantang sendiri saja di UK sebab senang sangat selepas bersalin kalau tak payah ikut amalan-amalan yang menyusahkan orang. Makan je apa nak makan. Jangan sesekali buat tuduhan fitnah kalau anak menangis atau sakit, sebabnya ialah ibu tak pantang makan. Fitnah ini tak berdasarkan bukti dan hanya menyakitkan hati ibu yang baru bersalin. Doktor-doktor pakar tak pernah pun suruh ibu yang menyusukan bayi pantang makan. Cuba lihat page-page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, mana ada nasihat selepas bersalin wajib berpantang? Tak ada pun. Jika wajib sudah pasti semua hospital-hospital di Malaysia tukar menu untuk ibu selepas bersalin dan bagi perkhidmatan urutan rahim bertunku berpilis bertangas dan tutup aircond di hospital sebelum ibu-ibu ini pulang ke rumah. Tetapi tak ada, sebab tidak perlu untuk kesihatan ibu bersalin. Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perhidmatan kesihatan wanita di negara UK, saya tahu rahim ibu-ibu UK kecut seperti biasa dalam masa 6 minggu selepas bersalin, tanpa mengurut rahim, tanpa bertunku, tanpa bengkung, tanpa pantang makanan yang makcik bawang dok buat fitnah mengembangkan rahim. Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perkhidmatan kesihatan wanita di Malaysia, saya belum nampak apa-apa bukti yang kesihatan rahim dan dalaman wanita yang berpantang tegar selepas bersalin itu lebih baik dari wanita yang tak ikut tradisi berpantang selepas bersalin. Ramai je wanita yang berpantang tegar pun sakit bila tua dan kita rawat mereka tanpa perlu bertanya anda pernah berpantang selepas bersalin atau tidak, sebab itu tidak penting untuk kesihatan dalaman wanita. Saya bersalin dua kali di London pun tak pernah ikut adat berpantang. Orang Islam hanya perlu mengikut larangan membuat hubungan kelamin dan bersolat semasa ada darah nifas sehingga darah nifas kering. Tak perlu ikut amalan berpantang yang lain. Ugama Islam tak menyusahkan umatnya. Makan makanan yang sihat dan seimbang untuk seumur hidup. Memang pun kita patut elak junk food, tak kiralah budak-budak kecil, orang remaja, orang muda atau orang tua, lelaki atau perempuan, tak payah nak tunggu 44 hari selepas bersalin. Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin secara pembedahan Caesar dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar mereka semua tak payah pun ikut amalan berpantang cara lama, jangan pantang makanan sihat seperti ayam, telur, seafood selagi tiada food allergy. Jangan sekat ibu yang baru bersalin minum air. Jangan paksa ibu yang baru bersalin baring-baring saja, mereka boleh berjalan-jalan. Yang penting sekali ceria memberi sokongan yang positif kepada ibu yang baru bersalin. Pahala ibu yang bersalin dan menyusukan anak ini sangat tinggi, kenapalah makcik bawang nak sengaja menyakiti hati ibu yang baru bersalin jika mereka tak mahu berpantang dan mahu ikut nasihat doktor-doktor pakar perubatan. Tak salah pun ibu yang baru bersalin bawa anak berjalan di taman, selagi elak tempat yang sesak dengan ramai orang. Yang tak digalakkan ialah makcik bawang yang sebuk nak berkunjung ramai-ramai tengok baby yang baru dilahirkan dan bawa pelbagai jenis virus melawat baby orang. Jangan sesekali tuduh ibu negara UK minum alkohol semasa menyusu untuk memanaskan badan. Hakikatnya ialah alcohol tidak memanaskan badan sebab kita manusia berdarah panas dan memang pun berdarah panas. Hakikatnya ialah alcohol tidak bagus untuk kesihatan dan doktor-doktor UK sudah pun menasihatkan ibu-ibu yang menyusukan bayi jangan minum alkohol. Kebanyakan ibu UK yang menyusukan bayi tidak minum alkohol mengikut nasihat doktor-doktor UK. Jangan ugut ibu yang baru bersalin kalau tak berpantang nanti sakit bila tua. Hakikatnya ialah ramai ibu yang tak pernah pun ikut tradisi lama berpantang tu lebih sihat lagi dari ibu yang ikut adat berpantang tegar. Purata Jangkahayat wanita-wanita UK dan wanita-wanita Jepun yang tak pernah ikut tradisi pantang macam kat Malaysia pun lebih lama dari purata jangkahayat wanita Malaysia yang berpantang tegar selepas bersalin. Memang ada banyak bukti tak payah ikut adat berpantang pun lebih sihat. Macam mana lah sekat ibu minum air, sekat ibu makan pelbagai buah dan sayur berkhasiat, sekat ibu makan pelbagai protein ayam dan telur, sekat ibu berjalan-jalan tu boleh menyihatkan mereka? Sebab itu hanya adat. Tak perlu ikut. Tak wajib ikut dalam Islam dan tak wajib ikut untuk kesihatan. Perubatan Moden ini memang pun selari dengan ugama Islam. Jadilah orang yang memberi sumbangan yang baik kepada orang lain dan doakan yang terbaik saja untuk orang lain. Di page saya, jangan jadi makcik bawang naaaaa. Sesiapa yang nak kutuk dan kecam ibu yang baru bersalin sebab tak berpantang mengikut cara mereka akan kena delete dan block. Kami doktor-doktor pakar perubatan menyokong exclusive breastfeeding 6 bulan untuk kesihatan jangkamasa panjang ibu dan anak. Tahukah anda exclusive breastfeeding mengurangkan risiko kanser dinding rahim, breast cancer, kanser ovari, mengurangkan berat badan ibu yang baru bersalin tanpa perlu pantang makanan dan mengurangkan diabetes untuk kedua-dua ibu dan bayi. Exclusive breastfeeding juga mengurangkan risiko bayi mendapat cotdeath (Sudden infant death syndrome), mengurangkan jangkitan paru-paru dan telinga kepada bayi, mengurangkan risiko eczema, leukamia, obesiti dan diabetes kepada anak. Tahukah anda adat yang sumbat mulut bayi sebelum umur 6 bulan dengan air masak, air kanji, pisang, bubur, nestum, air anggur, susu kambing itu memudaratkan kesihatan bayi. Exclusive breastfeeding itu maknanya hanya susu ibu untuk 6 bulan pertama, lepas tu baru lah bagi baby makanan pejal. Kalau tak boleh exclusive breastfeeding, boleh beri baby susu formula khas untuk baby, bukan sumbat makanan lain pada 6 bulan pertama. Doktor-doktor juga tidak galakkan extended exclusive breastfeeding yang keterlaluan sampai setahun atau dua tahun tak bagi baby makan langsung selepas 6 bulan, sebab ini juga boleh memudaratkan kesihatan bayi yang tidak dapat cukup khasiat makanan lain selepas usia 6 bulan. Exclusive breasfeeding hanya untuk 6 bulan. Selepas 6 bulan mulakan memberi bayi makanan pejal sedikit demi sedikit sambil meneruskan menyusukan dengan susu ibu secara sambil-sambilan sehingga usia 2 tahun, bukan exclusive breastfeeding sampai 2 tahun dan tak bagi baby makan sampai 2 tahun. Jika sayangkan ibu dan sayangkan baby, tak perlu ikut adat yang memudaratkan kesihatan ibu, mengurangkan kejayaan ibu untuk exckusive breastfeeding dan kemudian menyumbat mulut bayi pula dengan pelbagai makanan sebelum usia 6 bulan. Sebab itulah saya sokong maternity leave untuk semua ibu yang baru bersalin selama 6 bulan untuk menjayakan exclusive breastfeeding. Jangan kata kalau tak payah pantang tak perlu maternity leave. Buka lah minda anda. Women Empowerment 💕 Love our mothers, love our babies 💕 Dr Imelda Balchin Specialist Obstetrician & Gynaecologist (UK and Malaysia)
Đọc thêmboleh follow page fb doctor imelda balchin pakar o&g. selagi awak xde alergik dgn makanan awak boleh je mkn semua. Bila confinement lady bersalin dengan saya, saya bagi nasihat amalan kesihatan terbaik selepas bersalin: 1) Boleh makan semua jenis sayur-sayuran, semua jenis buah-buahan, seafood, telur, ayam, daging yang biasa dimakan, selagi tiada food allergy. Tak payah pantang-pantang makanan berkhasiat. Telur, ayam dan seafood bukan penyebab nanah atau kegatalan - itu hanya mitos. Janganlah mengharamkan makanan sihat yang halal. 2) Boleh minum air secukupnya, 2-3 litre sehari, boleh minum susu, boleh makan lauk berkuah, boleh minum soup-soup. Minum air bukan penyebab faraj becak - itu Mitos. Faraj becak hanya berlaku di zaman dulu jika ibu terpaksa teran berhari-hari dan bersalin di rumah tanpa bantuan doktor dan ada koyakan yang teruk kepada pundi kencing. Inilah obstetric fistula yang masih lagi berlaku di negara Afrika zaman sekarang di mana 50% ibu masih lagi bersalin tanpa kehadiran bidan bertauliah atau doktor perubatan. 3) Untuk sarapan pagi, boleh makan roti, boleh makan breakfast cereals, boleh makan oat porridge, boleh makan bubur, boleh makan nasi lemak, boleh makan capatti, boleh makan tosei, tiada larangan pun. Makan roti bukan penyebab rahim kembang - itu hanya Mitos. Bila yis dimasak, sel yis akan mati dan berhenti berkembang bila roti sudah siap dimasak. 4) Nak buat susu secukupnya untuk bayi, ibu perlukan 500 kalori tambahan sehari jadi jangan sekat-sekat apa ibu makan supaya ibu boleh berjaya exclusive breastfeeding untuk 6 bulan sebelum bayi boleh mula makan. Susu ibu ialah susu terbaik walaupun bayi ada jaundice, kembung, demam, cirit-birit, selsema, susu ibu tetap terbaik. Selagi ibu boleh membuat cukup susu untuk bayinya, selagi itu tak perlu pun susu formula. Cara terbaik untuk ibu turun berat badan ke saiz sebelum mengandung ialah dengan breastfeeding dan amalkan PEMAKANAN SIHAT. Tak payah menyekat makanan-makanan sihat untuk ibu yang menyusukan bayi. Kalau nak pantang makan, pantanglah junk food, bukan pantang makanan sihat. 5) Bayi hanya perlukan tambahan susu formula atas nasihat doktor jika ada masalah hypoglycaemia (bacaan gula rendah) selepas bersalin, jika ada dehydration, jika ibu ada masalah menyusukan bayi atau jika susu ibu tidak mencukupi. 6) Ibu boleh tidur apa-apa posisi yang selesa untuk ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, nak tidur mengiring pun boleh, nak tidur baring pun boleh, tiada halangan selagi ibu selesa. Jangan bimbang rahim senget ke tak senget, itu bukan satu masalah kesihatan dan rahim akan tetap mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin juga, tidak kira apa posisi tidur ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, tidak kira mengurut rahim atau tidak dan tidak kira pakai bengkung atau tidak. Selepas 6 minggu, selagi tiada fibroid, semua rahim mengecut ke saiz yang asal selepas bersalin. 7) Hanya untuk ibu yang ada risiko tinggi venous thromboembolic disease iaitu risiko darah beku di dalam saluran darah, saya akan cadangkan TEDS (thrombo-embolic disease stockings) untuk membantu pengaliran darah jika ibu tidak berjalan-jalan, tetapi untuk ibu-ibu lain ikut suka lah nak pakai setokin atau tidak di dalam rumah sendiri. 8)Ikut suka dan keselesaan ibu nak pakai baju tebal ke nipis, nak pakai seluar ke kain, nak pakai bengkung atau tidak, nak mengurut atau tidak, nak bertunku atau tidak, nak buka kipas ke tidak, nak buka aircond ke tidak, nak minum air sejuk ke panas, nak minum air ais atau tidak, nak ikat rambut tocang ke tidak. Tiada paksaan atau larangan. Minum ais bukan penyebab rahim kembang atau becak - itu Mitos. 9) Jangan tak mandi dan tak basuh rambut sebulan ya....kebersihan diri itu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan emosi. 10) Tak perlu paksa ibu-ibu makan jamu yang tidak pernah pun terbukti memberi kesihatan yang lebih baik untuk wanita. Tradisi makan jamu ini datangnya dari Jawa tengah dan bukannya amalan berjuta-juta wanita di seluruh dunia. Berjuta-juta wanita di seluruh dunia tak makan jamu pun sihat juga. Sudah ada kajian di Indonesia yang menunjukkan 23 dari 25 jamu yang dikaji mengandungi bahan kimia dari tumbuhan yang boleh memudaratkan hati jika diambil setiap hari untuk jangkamasa panjang. Hanya ada 7 pantang: A) Pantang semasa darah nifas dari bersolat, berpuasa dan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering dan berapakah hari nya berbeza untuk setiap individu (bukan pantang 44 hari). Jika hendak menjarakkan kehamilan, gunakanlah kaedah merancang keluarga yang berkesan. Jika tidak bersedia untuk hubungan kelamin, ajarlah lelaki menjadi suami yang penyayang yang memahami isteri. Hal rumahtangga suami-isteri ialah urusan mereka sendiri, bukan urusan acik bawang nak suruh pantang bersama berapa hari. B)Pantang merokok dan asap rokok (termasuk vaping) C) Pantang minum alkohol D) Pantang makan ikan besar laut dalam yang ada lebih pencemaran mercury yang tinggi seperti ikan ikan jerung, ikan swordfish/todak, ikan marlin, ikan king mackerel, ikan tuna besar. E) Pantang makan Junk food. Apa yang terbaik ialah elakkan makanan segera, makanan berproses, makanan tinggi garam dan pengawet, makanan dan minuman yang tinggi dengan gula tambahan untuk seumur hidup. Sekali-sekala boleh lah merasa tetapi jangan biasakan makan junk food sebagai amalan hari-hari. F) Pantang Stress: Jangan menyusahkan diri sendiri jika tak mahu buat apa yang tak perlu buat. Jangan benarkan diri anda dibuli oleh acik bawang. Tiada makanan atau minuman penyebab bentan - itu hanya Mitos. Jika ibu ada pendarahan banyak, jangkitan bakteria, demam, kemurungan, meroyan, buasir yang teruk, sembelit, bengkak susu sehingga demam, varicose veins, tekanan darah tinggi, diabetes, masalah darah beku di dalam saluran darah atau apa-apa masalah perubatan, doktor akan beri nasihat rawatan. Tak payah percaya kepada penjual jamu yang ambil gelaran bidan tanpa tauliah perbidanan, tanpa pendaftaran perbidanan dan tak pernah pun memberi perkhidmatan menyambut kelahiran bayi tetapi mereka kata mereka ada lebih pengalaman menjaga ibu selepas bersalin dari doktor pakar O&G. Jika ibu-ibu selepas bersalin ada masalah seperti di atas, yang merawat mereka ialah doktor O&G, bukannya penjual jamu yang menyalahgunakan gelaran bidan. Kami doktor-doktor tidak akan membenarkan ibu yang bersalin yang ada masalah kesihatan pulang ke rumah sehingga sembuh. Bila pulang ke rumah, ada lawatan dari jururawat masyarakat untuk memantau kesihatan ibu dan bayi, sebab ini bukannya tugas penjual jamu yang ambil gelaran bidan yang bukan pun pengamal kesihatan bertauliah. Jika didapati ibu atau bayi tidak sihat, jururawat masyarakat akan membawa ibu dan bayi kembali ke hospital untuk rawatan dengan doktor juga, bukan bawa ke penjual jamu yang membuat tuduhan palsu bahawa doktor pakar gynae tiada pengalaman menjaga ibu selepas bersalin. Patient confinement lady saya kata kat saya OK, memang dia memilih nak ikut nasihat saya. Dia kata sebenarnya dia tak amalkan adat berpantang pun untuk diri sendiri, hanya kalau client memilih untuk berpantang cara tradisional dia akan memberi perkhidmatannya. Ooooo saya jawab serupalah macam saya, kalau patient nak beranak 10 kali, ikut suka dia lah, saya akan memberi perkhidmatan menjaga kesihatan ibu-ibu ini, tetapi saya sendiri tak mau lah bersalin sampai 10 kali. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.
Đọc thêmSoalan dari ibu-ibu yang baru bersalin bila dihidangkan makanan di hospital. 1) Selepas bersalin, boleh ke makan kuey teow sup? 2) Selepas bersalin, boleh ke makan roti? 3) Selepas bersalin, boleh ke makan telur? 4) Selepas bersalin, boleh ke makan nasi berkuah? 5) Selepas bersalin, boleh ke makan tembikai? 6) Selepas bersalin, boleh ke makan ayam? 7) Selepas bersalin, boleh ke makan bihun?8)Selepas bersalin, boleh ke makan nasi goreng? 9) Selepas bersalin, boleh ke makan buah betik? 10) Selepas bersalin, boleh ke makan sayur kobis? Jawapan saya: Inilah semua makanan yang dihidangkan kepada ibu-ibu yang baru bersalin di hospital-hospital. Makanan ni bukannya haram. Makanan ini tak ada racun. Makanan ini tak dicampur dengan ubat-ubat apa-apa pun, janganlah buat fitnah. Doktor tak pernah larang anda makan makanan ini. Buat penat saja kami kerja kuat tak tidur malam menjaga anda semua semasa bersalin dan memastikan anda sihat, tak kan lah kami nak berikan anda makan makanan yang boleh memudaratkan anda. Janganlah buruk sangka kepada doktor-doktor yang kata boleh makan, tak payah pantang makanan berkhasiat. Janganlah buruk sangka kepada saya yang tak pernah melarang pihak hospital menghidangkan makanan-makanan berkhasiat ini kepada anda. Jawapannya ialah boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh makan, silakan makan. Saya sayang kepada ibu-ibu yang baru bersalin. 💕 Enjoy naaaa mummies. You deserve it. p/s: Lepas tu, ada yang tanya…..errrr lepas Czer pun boleh? Laaaa tak ada beza langsung makanan selepas bersalin normal dan makanan selepas pembedahan Caesarean Section. Boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh makan, silakan makan. Ibu selepas Caesarean Section pun enjoy naaaaa. You deserve it too and I love you too 💕
Đọc thêmPemakanan apa apa pun okay as long as ianya berkhasiat dan awak pun takde apa apa allergic dengan makanan tersebut. Masakan pedas pun boleh je, tapi kalau awak bf risau effect ke baby, boleh rasa sedikit dahulu. Istilah berpantang ni macam fasa healing. You know your body better, buat je apa apa yang awak happy, jangan banyak fikir nanti serabut jadinya. Yang penting, apa apa yang awak nak buat ikutlah kemampuan sendiri. 👍🏻
Đọc thêmklu ikut org dlu2, pantang mkn x bley yg gatal2, pantang bsama suami 100 hri, kne btunku, pki bengkung mcm tu la.. tp 2 la zmn bbeza kn.. sye sendri kne ulang alik kk smpi sbulan, memg x berapa nk pantg.. bengkung tunku pun smggu je amek pkej CL.. pantg mkn jgak la mkn ikan je.. ayam mkn ble da 2 mggu.. Bg sye pantang nie ikut org & bdn masg2.. mustahil la nk rehat 100% kn, kte buat ikut kmampuan kte je la..
Đọc thêm