Salam. Kenapa isteri saya check upt 2 kali dan negatif. Tapi haid lewat 7 hari dah. - suami musykil.
Terima kasih sudi share jawapan. 🙂 #uptnegatif #haidlewat
sbb x mengandung negative la. x period bukan sebab mengandung je. boleh jadi masalah hormon. bukan takat org baru kawin je ade mslh hormon, org yg dah lama kawin pon boleh ade mslh hormon tetibe. jadi boleh la bwk isteri tuan tu ke klinik berhampiran utk check kesihatan.
hormon imbalance, itu perkara biasa. Perubahan berat badan, emosi terganggu, xcukup tidur, stress, pgambilan certain ubatan...boleh mganggu kitar haid
Terima kasih Puan atas info. Hari ni dah 8 hari haid lewat. Tu yang rasa musykil dan sedikit risau. Sebelum ni klu lewat pun lebih kurang 1 - 2 hari sbb kitaran haid isteri sy teratur. Tu yg sy bertanya. Sbb ada juga yg share, upt negatif tp pregnant. Apa2pun, terima kasih info, dpt ilmu baru. 👍🏼
Abah kepada 4 orang cahaya mata