#TAPx59S
Cara menyusu daripada saya adalah jika ibu masih di hospital sebaiknya secara duduk bagi ibu yang bersalin secara normal dan mengiring untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.
Macam saya ada 2 pengalaman cara menyusu yang berbeza dimana anak pertama saya perlu pam sahaja selama 3 bulan anak saya berada di NICU dan PCICU. Selepas pembedahan Dan dibenarkan pulang barulah saya dapat menyusu secara direct. Untuk anak kedua saya pula cara yang sama macam ibu lain. Alaskan bantal dan selesakan kedudukan ibu supaya bayi juga selesa semasa menyusu barulah dia tidak meragam Dan kenyang dengan gembiranya. ?❤️