Syahida Ghazali profile icon
Kim cươngKim cương

Syahida Ghazali, Malaysia

VIP Member

Giới thiệu Syahida Ghazali

Mommy

Bài đăng(18)
Trả lời(278)
Bài viết(0)

Cara Menyusu

#TAPx59S Cara menyusu daripada saya adalah jika ibu masih di hospital sebaiknya secara duduk bagi ibu yang bersalin secara normal dan mengiring untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Macam saya ada 2 pengalaman cara menyusu yang berbeza dimana anak pertama saya perlu pam sahaja selama 3 bulan anak saya berada di NICU dan PCICU. Selepas pembedahan Dan dibenarkan pulang barulah saya dapat menyusu secara direct. Untuk anak kedua saya pula cara yang sama macam ibu lain. Alaskan bantal dan selesakan kedudukan ibu supaya bayi juga selesa semasa menyusu barulah dia tidak meragam Dan kenyang dengan gembiranya. ?❤️

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Tips Menyusu

#TAPx59S Tips menyusu daripada saya adalah ibu mesti kekal positif. Tidak terlalu stress jika susu kurang. Makan makanan yang berkhasiat, minum susu, banyakkan makan sayur hijau, protein seperti ayam, ikan dan daging. Selain itu saya jadikan kurma sebagai snek harian, jangan lupa air secukupnya. Alhamdulillah susu meriah. Ingat sifir "demand and supply". Tiada pengeluaran maka tiada penghasilan. Jadi kerapkan susu bayi secara direct atau pam. Jika pam, ibu mestilah mengikut jadual pam. Sambil menyusu atau pam berzikir Dan minta Allah cukupkan susu kita untuk anak. Selama berpuasa 8 hari ni alhamdulillah susu saya masih meriah dan cukup untuk bayi saya yang berusia 67hari. Malah setiap kali pam saya dapat 4oz per sesi. Sehari saya buat 4 sesi pam selepas bayi menyusu atau tidur. Itu sahaja tips daripada saya. ??

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

Pengalaman Menyusu

#TAPx59S Pengalaman menyusu saya mungkin sedikit berbeza dengan orang lain. Bayi saya disahkan mempunyai masalah chronic lung disease, serve coarctation of aorta with small PDA and PFO. Jadi bayi saya tidak dapat bernafas seperti bayi normal. Dia memerlukan sokongan oksigen daripada mesin, bermula dari intubasi seterusnya BPAP, CPAP dan nasal prong saya hanya perlu pam susu dan bayi hanya boleh minum melalui tiub sahaja. Selama 3 bulan selepas lahir dia tidak pernah menyusu secara langsung bersama saya. Saya tiada pengalaman menarik tapi harga sebuah pengorbanan bilamana saya tidak dapat menyusukan bayi secara direct, saya berusaha untuk pam susu, sungguh saya kecewa sebab satu sesi hanya dapat 1oz tu pun selama 1jam. Tapi saya bangga, bayi saya dapat minum susu saya dan lama kelamaan susu semakin banyak. Ini pengalaman anak pertama saya

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi