Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Dr Kami pernah melakukan ivf 4x tetapi tiada embrio yang cantik untuk ditransfer aku dibekukan. 4x buat di 2 centre berbeza. Adakah saya perlu mencuba lagi.sedangkan hasil sebelum ini sama. So far fertility check kami suami isteri adalah normal.

3y trước

Boleh ke saya tahu berapa usia anda dan pasangan? Adakah bawah 42 tahun? Kalau betul bawah 42 tahun, saya cadangkan untuk teruskan usaha untuk hamil. Pertama sekali, usia sangat penting untuk hamil. Kedua, jaga berat badan dan profile kesihatan anda. Yang ketiga, kena jaga pemakanan supaya berkhasiat. Paling penting, dapatkan nasihat nutritionist yang bertauliah tauuuu... jangan yang ramai-ramai kat Facebook tu. Setiap ubat/supplement/produk kesihatan tu ada kesan baik buruknya sendiri. Sebelum mulakan rawatan baru, pastikan anda berhenti ambil produk-produk ni selama 3 bulan dahulu, kecuali atas saranan doktor anda. Jika anda ada hubungan dengan suami, contohnya sepupu dekat, saya cadangkan buat ujian genetik.

Salam doc.. Sy ada soalan.. Istri sy ada fibroid. Dlm masa yg sama dia mengandung 4 minggu. Adakah perlu menjalani operation untuk membuang fibroid dan apakah kesan terhadap kandungan jika tidak melakukan pembedahan.

Đọc thêm
3y trước

Trima kasih doc

assalamualaikum doktor, saya mengandung 7 mingg7 dan mengàlami sakit di bawah perut serta ada tompok coklat beserta darah keluar dari bahagian faraj.? apakah yg patut saya lakukan..dan mengapa terjadinya hal begitu?

3y trước

Walaikumsalam Puan,dah jumpa doktor ke belum tu? Susah saya nak tilik dari jauh niii... jika puan diberi ubat hormon, puan dah ambil ke tidak? kalau Puan skip, mungkin itu punca pendarahan. Jangan lupa jumpa doktor ya Puan?

hai Dr, sy baru balik scan untuk 30w, doktor ckp yg lain semua normal kecuali FL tertinggal dlm 3w mcm tu.. apa ptt sy buat doktor utk tambahkan lagi FL baby sy? adakah situasi spt sy ni normal kh doktor?

3y trước

baru dikesan minggu ke 28, trimester ke 3. pendapat doktor ttg FL bayi sy, adakah situasi ni boleh kembali normal sehingga sy bersalin nnt?

Influencer của TAP

Salam Dr Adilah, Saya ada rakan yang ttc. Adakah dengan adanya pcos menyebabkan beliau tidak boleh hamil? Dan sebenarnya adakah pcos yang menyebabkan haid tidak teratur?

3y trước

Walaikumsalam Puan... Perkataan S dalam PCOS tu maksudnya syndrome. Ada juga pesakit yang mempunyai masalah PCOS yang ringan. Ada juga yg mempunyai banyak kesan PCOS contohnya telur tak keluar dengan sekata. Kedua, masalah hormon lelaki berlebihan. Ketiga, mempunyai hormon insulin berlebihan. Keempat, diabetes. Kelima, kolesterol tinggi dalam darah. Keenam, penyakit jantung. Yang ketujuh, mungkin penyakit berkaitan kanser rahim. Yang penting, lazimnya wanita PCOS mempunya kantung telur yang banyak dan rawatan kesuburan pun ada banyak di negara kita. Contohnya, rawatan peringkat tertinggi seperti IVF. Yang pentingnya, dapatkan rawatan. Kalau rakan puan ada masalah berat badan berlebihan, perlu dapatkan nasihat pakar pemakanan kerana wanita PCOS sukar nak turunkan berat badan. Tapi ada juga yang kurus kena PCOS.

Ada kwn sy bgtau, lepas dia experience stillbirth, dia terpaksa guna IVF utk pregnant lagi. Kalau pernah melalui stillbirth, betul ke wanita tu boleh jadi kurang subur?

Hi doctor, usually how much it cost for IVF? And sebelum proceed to IVF will you recommend other prosedur dulu? Like IUI ke or depends on patient condition?

3y trước

The more technical efforts made during IVF protocols, the higher the cost of the treatment.

Salam doc , sy nk tnya normal ke .. sy 33mnggu ada benjolan dikemaluan , sy cucuk gn jarum kkuar darah sikit .. ada ubat tak jual kt farmasi nk kecutkan benjolan ni ?

3y trước

Kalau benjolan berada di kawasan bibir berhampiran lubang faraj, besar kemungkinan itu adalah bartholin cyst iaitu kelenjar yang menghasilkan cecair pelincir sewaktu rangsangan seksual... apabila laluan tu tersumbat, sebab tu ada cyst tu. Itu mungkin berulang sbb dah tersumbat. Sebaiknya Puan jumpa doktor. Sekiranya perlu, lalui pembedahan untuk membuka laluan baru kelenjar tersebut. Kita takut, nanti berlaku lebihan sehingga terjadi jangkitan pula.

Assalamualaikum Berapakah had umur maksimum untuk melakukan ivf. Dari mana saya perlu mulakan. Saya kini berusia 44tahun. Mempunyai 1 anak.

Đọc thêm
3y trước

Jika Puan masih berhasrat nak ada anak lg, Puan kena buat IVF cepat-cepat. Sebab kualiti telur bergantung pada umur. Mungkin Puan juga kena jalani ujian tambahan untuk pemeriksa semula embryo yang dah dihasilkan. Saya juga harap, profile kesihatan Puan juga masih bagus. Puan dah buat jalankan ujian saringan kesihatan ke belum? Sebelum buat IVF, saya cadangkan Puan buat dulu ya?

Thành viên VIP

Salam doc, Nak tanya, selalunya berapa kali (minimum) seseorang tu perlu buat rawatan kesuburan (IVF) sebelum boleh hamil? Terima kasih

Đọc thêm
3y trước

Dalam masa 2 tahun lepas Puan buat rawatan yang bersesuaian, kita jangka 50% akan berjaya hamil. Cuma beri perhatian ya, maksud rawatan bersesuaian di sini adalah mengikut cadangan doktor Puan.