Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Macam mana untuk menasihati suami supaya berhenti vape? Saya sudah bagitau hisap vape boleh merosakkn sperm dan macam2 lagi

3y trước

suami sperm morphology dan motility rendah, saya ada 1 tiub falopian kerana ectopic tahun 2019, sudah gagal IUI tahun 2020 dan IVF awal tahun 2021, saya sedih kerana berasa saya seorang shj yang mahukan anak 😢, saya seorang shj yang jaga makan beriya pantang larang semua, menangis bila ivf fail

Doktor, betul ke ada perbezaan fizikal antara bayi yang lahir menggunakan IVF dan yang dilahirkan secara semula jadi?

3y trước

Saya kurang pasti ni, Puan. Kalau Puan ada rujukan tentang topic ni, Puan boleh share ye?

Salam sejahtera Dr Sy sudah operate buang cyst. Berapa lama sy perlu rehat untuk sebelum start ivf.

3y trước

Salam sejahtera, ia bergantung pada jenis cyst, apa keadaan penyakit di dalam sebenarnya, dan how extensive was the procedure. Kalau simple cyst tanpa melibatkan organ lain, tak ada masalah untuk mulakan IVF. Tanya semula dengan Doktor Puan ye?

salam doc nak tanya sye hamil 6weeks sakit perut mcm nak ke tandas normal ker?

3y trước

Kalau 6 minggu tu, selalunya payudara terasa lebih pejal dan puting menjadi sensitif. Selain daripada tu, kalau ada tanda-tanda lain, sebaiknya jumpa doktor. Kita risau kalau sebenarnya kandungan anda telah masuk 8 minggu, takut berlaku kehamilan luar rahim. Jarang pada tempoh 6 minggu, kehamilan luar rahim ada menunjukkan apa-apa tanda. Melainkan lokasinya di bahagian cornual pregnancy. Dapatkan pemeriksaan doktor segera.

Thành viên VIP

salam dokter, saya nak tanya kalau dtg bulan tak teratur kena pergi klinik ke?

Hi Doctor, what do I need to take into consideration before starting IVF?

Lagi satu doktor, adakah terdapat risiko bayi pramatang jika membuat IVF?

3y trước

Memandangkan IVF meningkatkan risiko kehamilan kembar, memang ada kebarangkalian untuk bayi-bayi dilahirkan pramatang.

assalamualaikum, adakah fibroid boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil?

3y trước

Eh, masya-Allah, saya tersasul. Bukan Pintu rahim, tapi di tiup Falopio. Lagi satu faktor adalah size yang terlalu besar.

Thành viên VIP

rawatan kesuburan perlu dilakukan bg wanita yang sukar hamil shj ke?

3y trước

Tidak semestinya untuk yang hamil saja. Kalau di hospital swasta, tidak semestinya untuk hamil.Tapi mungkin tak perlu dan takut membazir sahaja.