Dilemma nak hantar baby 3 bulan ke pengasuh

Sy plan nak hantar ke taska yang terima baby 3bulan , yg dekat dgn area rumah di selangor. Tapi mak sy pulak risau jadi apape dekat baby. So mak sy cadangkan sy tinggalkan anak di kampung , upah pengasuh yg dia nampak depan mata. Kos pun rendah je dlm below 300-400 mcm tu. Kg sy sgt jauh ya huhu.. di pantai timur..kalau sy dh letak anak kt kampung sy kena la ulang alik setiap seminggu atau dua minggu sekali. Naik flight mahal pulak. Kalau drive letehh..tp takpela bab kewangan tu insyaallah mampu , cuma sy fikir kalau anak duk kampung, sy fikir sy akan terlepas masa nak tengok anak membesar. Sy akn terlepas first word dia, first walk dia.. huhu Mak sy kata bila baby dah besar sikit boleh jalan baru duduk dgn sy. Sbb suami sy boleh jaga sambil jaga kedai. Time 3-12 bulan ni rasanya suami sy x boleh fokus jaga anak sambil jaga kedai, pasal yela kan masa bila nak tengok anak masa bila pulak nak layan customer. Baby kn nak kena bg perhatian sepenuhnya..Hmmm Btw sy ada je mak mertua di selangor ni, tapi dia pulak tak selesa kalau sy upah pengasuh yg duduk rumah dia. Takkan la sy nk harap mak mertua yg dah tua sorang2 jaga baby kn huhu.. sy keje kat KL, 7am-6pm xleh nk jaga baby.. ni anak sulung kami.. Sy xtau la nk minta pendapat or nak luah je, sy buntu nak buat keputusan.. Anyway, the reason mak sy tak percaya kt pengasuh sbb 1. Anak kepada makcik sy tiap2 hari pengasuh update kata anak x nanges, tapi hilang suara. Pelik sgt. So kami syak, pengasuh tu biar je baby nanges separuh hari ke sehari suntuk taktau la sampai hilang suara. 2. Cousin sy sendiri adalah seorang pengasuh, dia punye la jenis baik je lemah lembut tapi rupanya jenis suka cubit budak. Bila mak sy tegur, dia ckp dia suka cubit sbb geram. Bkn budak tu buat hal apa pn, mmg hobi dia cubit. Eeei la kenot brain. Nasib budak tu tak lebam je Edit : ramai salah fhm ingat suruh mak sy jaga. Maksud sy upah pengasuh yg mak sy pantau di rumah. Sbb sy x boleh pantau. Mak mertua pula tak selesa org luar tinggal kt rumah dia w/pun hanya cuma waktu siang sblum sy amik anak. Plan nya letak kt kg sampai anak umo setahun je. Tp sy setuju rata2 komen suruh anta taska dkat dgn sy, itu plan asal sy dgn husband. Tp bila mak tahu, dia bantah habis2. Sy xtau mcamana nk ckp dgn mak. Mmg susah nk menang ckp ngan dia. Situasi2 yg dia cerita mmg menggoyahkan sy

31 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hantar taska je sis.. cr yg ada cctv

10mo trước

Otak sy jammed sis.. bru terfikir pasal cctv ni.. tq mention 🥹