Just nak meluah stress dgn mak sendiri
Sy dah hampir due dan plan nak berpantang kt rumah mak sy. Sbb tu sy balik kampung duduk dgn dia. Tp sy stress lah dengan perangai mak sy. Sy xtau nk cakap camne, dia baik dr banyak segi dan kebanyakan hari sy okey je dgn dia cuma sy stress dgn cara dia bercakap.. suara kuat sampai sakit telinga sy. Lepas tu ada ayat2 yg tak best jugak. Ayat2 dia dan cara dia cakap tu mcm sepanjang masa bunyi macam marah je. Sy dok depan dia je pun, tp cakap tu terjerit2. Benda ni mmg dah lama sjak kecik pun sy x suka pasal dia suka bebel, sbb tu sy pilih utk duduk jauh start dari sy skolah menengah sy duk asrama n sanggup tak balik weekend sbb xnk kne marah dgn dia. Masuk U pn sy sgje cari tempat jauh dr kampung. Keje pn merantau negeri org. Bg sy , dia rasa dia je yg betul. Kalau anak jenis x dgr kata dia akan persalahkan ayah sy. Ayah sy mmg degil pn masa muda2 dulu tp ayat dia teruk jgk contoh mcm membodohkan ayah sy. Walaupun sy x rapat dgn ayah tp sy x suka dgr ayat2 yg memburukkan ayah sy. Laki dia mesti la dia lg kenal mcamana kn, sy spatutnya xyah pn nk bekap ayah sy mungkin sy xtau perangai sbnar ayah sy camne. Sy pujuk hati sy spye fikir mcm tu tp kdg2 sedih la jgk dengarnye. Dia x pernah maki guna perkataan lain , cuma perkataan “bodoh” je dia guna. Ayah sy pulak kalau maki teruk jgk masa muda2 dlu, now da tua susah nk dgr ayah sy bercakap. Da 3 minggu sy duk kampung, baru skali dua dgr suara ayah. Dr segi lain mak sy sgt A+, jaga ayah sy , masak utk anak2, kalau tengok sy sakit sikit terus tolong urut2 tanpa diminta pun, dengar cerita sy time sy bercerita mcm2 time santai2 kt dapur..pastu lg dr segi ibadah mmg sy salute dia jenis bangun malam tahajud. Banyak masa dihabiskan dgn solat sunat, mengaji..tp kata2 dia pulak menyakitkan..Sy anggap mungkin dia penat lah kot sbb tu dia suka bebel. Tp sy stress jgk sbb dia suka salahkan apa2 atas ayah sy. Kalau dia marah anak2 jenis melawan cakap dia, dia kata perangai ayah sy lah tu sbb tu anak jd mcm tu. Padahal bg sy, dia la punca jugak sbb dia tu dok kata suami macam2 depan anak, pastu bila sy kata sy trauma masa kecik tgok dorang bergaduh dia xngaku lak tu, marah sy valik kata dia x pernah gaduh dgn ayah. Lahh logik ke kawen lebih 30 tahun x pernah gaduh. Mmg nak menang je dia. Padahal sy mmg ingat apa yg sy trauma tu. Bila sy kata mmg ade dlm memori sy skian2 dia kata sy melawan ckp dia. Sampai stiap hari bila ada peluang dia akn ungkit sambil marah2 pasal dia x penah gaduh , anak suka lawan cakap.. eeii ya Allah sy kenal mak sy camne, sampai 10 tahun ke depan pun takkan habis marah2 dia tu sepertimana dia ulang burukkan ayah sy yg perangai zmn muda dulu sampai skrang. Camna skali pun sy terpaksa hadap la semua ni sbb dia mak sy. Cuma sy nk luah je sbb sy stress hadap hidup mcm ni. Kami keluarga bahagia ketika mak sy mood baik sahaja walaupun mood baik dia tu cakap terjerit2 mcm marah org. Berdosa ke eh sy rasa mcm ni dgn mak sendiri?? Sepanjang 3 minggu kt kampung ni mesti baby dlm perut pelik kan kenapa bising sgt , sepanjang pregnant sy dgn suami x byk bercakap, kalau ckp pn suara perlahan jd suasana kt rumah tu sunyi je.. sejak balik kg stiap hari dengar perkataan “bodoh” , burukkan atok dia, suara org marah2.. huhu siannye anak dlm perut..
seorang ibu ❣️