Keguguran 10 minggu

Sy nak buat luahan. Baru lagi dalam fasa pemulihan. Kadang2 kuat, kadang2 tiba2 je menangis sedih. Hari ni 5 Ogos 2020, dah hari ke 9 berpantang. Gugur week 10 first baby. Pantang rumah sndiri dgn suami je. Sy bekerja n akan mula masuk kerja balik minggu depan. Masih mencari kekuatan sbb sy rasa sy masih tak stabil emosi. Bila tgk suami sediakan semuanya, sy jadi emosi. Rasa sayu sedih. Syukur ade suami yg memahami n banyak membantu, tapi ape sy boleh buat utk teruskan lagi kekuatan? Sy nak sihat cepat...sy nak habiskan pantang dgn cepat. Sy balik kampung beraya korban hari tu, sy jd sgt sensitif. Semua ipar balik kampung, kakak ipar pun tgh due tggu masa beranak anak ke-2. Cucu ke-2 dlm fmily mentua. Family dah happy2 akan dpt cucu ke3 tapi keguguran. Sy smpaikan rasa mcm sy menantu tak berguna. Tak dapat bagi cucu daripada ahli keluarga lain. Sy byk kurung diri dalam bilik, demam selsema n batuk pulak tu sebab cuaca dan baru lepas mengurut sakit sgt2. Byk sgt bermain di minda. Sy lawan dgn fikiran positif n husnudzon, tapi ape yg sy dapat adelah kesedihan atas perasaan negatif tu. Bila dengar gelak tawa main2 dgn anak cucu, sy yg dlm bilik tgh berperang perasaan. Nak keluar bilik, tak larat n takut jangkit batuk. Penat tau nak lawan rasa sedih tu. Aduhaiii...boleh tak mommies doakan sy cepat pulih...sy nak bebaskan diri drpd kesedihan yg sy taknak fikirkan lgsung. Sy nak happy.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

tak apa untuk kita rasa sedih, lepaskan segala yang terbuku di hati, jangan sampai memudaratkan kesihatan saudari, sepupu saya juga sama seperti saudara. ingatlah satu rezeki juga dijodohkan dengan suami yang baik yang faham keadaan saudari. tidak ramai isteri isteri yang dapat nikmat suami memahami sepeeti saudari. doa saya agar allah luaskan rezeki saudari

Đọc thêm