Terasa dengan husband. Rasa hidup sunyi.

Sy dgn husb ldr. Skrg 20 weeks pregnant anak first. Kawin baru 9 bulan. Selama 9 bulan kawin, dua jari sy cukup nak kira berapa kali dia balik jenguk sy@sy pergi jumpa dia (tu pun sy beria beli tiket, book hotel). Tp sejak sy pregnant sy dh tak offer diri sy nak pergi kat dia. Penat. Sakit pinggang. Alahan. Yela pregnant first time rasa macam hidup sy berubah 180°. Life dah tak sama mcm sebelum pregnant. Badan memang tak aktif macam dulu, selalu jogging, jalan2 kat taman. Sekarang mmg banyak baring. Rindu jgk hidup dulu. Lepas pregnant, husb balik jarang sangat.Pregnant 20 weeks (5 bulan) baru 2 kali dia balik. Tu pun dia bawak balik jugak pc gaming dia bersama2. So sepanjang dia dgn sy kat kampung, dia hadap pc dia jugak walaupun sy ada dengan dia. Dari pagi sampai malam dia main game. Nak tido baru cari sy. Takde pun ajak sy keluar dating ke apa. 9 bulan kawin, 2 kali je kitorang keluar makan jalan2. Sy ajak keluar selalu ada alasan dia, panas, hujan, semua cuaca tak kena. Dia hadap pc dia, sy hadap phone sy. Sy tak rasa pun kemanisan berkawin. Kalau la orang tanya sy, menyesal tak kawin? Sy akan jawab ya, takkan fikir dua kali. Ni tahu2 pregnant ingat dia berubah, rupanya sama je. Lagi liat nak jenguk sy. Bab nafkah sy malas nak ckp. Mmg kelaut. Mesti ramai akan tanya kenapa sy kawin dengan dia. Dia kawan abang sy time sekolah menengah, dia bersungguh mintak dengan abang dan parents sy nak kawin dgn sy. Siapa je tak lembut hati tengok lelaki berani macam tu kan? Abang dgn suami pun beria suruh sy terima. Abang sy ckp husb sy baik, selalu ke masjid. Tapi time tu sekolah menengah, mana dia beli lagi pc gaming dia tu. Abang sy mungkin tak tahu husb sy dah berubah. Lepas balik kerja mmg dia hadap game je sampai malam. Sy pun baru tahu habit dia lepas kawin. Sy pun kerja, dulu kalau sy nak jenguk dia, lepas kerja sy pergi naik bas 8 jam. Dia? Taknak dan tak akan naik bas. Dia nak drive kereta je kalau balik sini. Tp bila sy suruh dia balik, dia cakap penat. Suruh naik bas, taknak. Selalu byk alasan. Bab nafkah sy dah redha, asalkan dia selalu balik jenguk sy dgn baby dlm kandungan sy, tp dua2 semua dia lepas tangan. Sy fikir kalau sy bercerai pun, tak effect sgt financial sy. Sy boleh hidup sendiri sebagai ibu tunggal. Sbb sy bekerja. Dia bagi sy tiap bulan RM100. Rumah? Kereta? Sy bayar semua sendiri pakai duit sy. Hilang RM100 sebulan tak effect life sy. Gaji sy banyak lagi baki. Drpd hilang kewarasan sy, sy lagi rela hilang suami.

12 Các câu trả lời

1) slow talk dgn husband, kalau xjadi jugak gaduh la marah la dia. jgn asyik pendam je org xpaham isi hati awak. lg2 kalau laki yg jenis tunggul semua la awak kna inform. suami sy bukan kaki gaming pon dulu kawen segan nk pegang tgn sy, sy bgtau dia kalau xmulakan nt smpai tua jd gitu. sy initiate n sy terangkan knp knp knp. dulu dia nk panggil sy syg pon segan sekrg ni family dia kata kitorang la couple plg sweet kononnya. kami kawen pon atas dasar family kenal sebulan terus kawen. komunikasi tu penting. kalau sakit saya bgtau je straight sy xnak masak, xnk kemas rumah, sakit. 2) bg tau abg awak. jgn segan jgn simpan sgt ada benda mmg kna bgtau org ke3. dia kan kwn abg awak, mungkin abg awk boleh slow talk dia. org laki ada la style dia nk ckp. mcm sy dulu sy pon ldr jugak kdg2 sy penat nk pegi tmpat suami sbb kdg2 tu hjg minggu kena pegi melawat sedara mara dia pulak, bukan berdua je, tp ayah sy beria nk hntarkn. sbb hanya lelaki yg tau perangai lelaki ni. so abg awak nt tau la nk handle kawan dia tu. klu betul dah xda harapan tau la abg awak bgtau awak mcm mana.

TapFluencer

OK kalau macam tu, boleh je mohon cerai sbb Rela hilang suami drpd hilang kewarasan. Silapnya, reda dgn suami tak menjalani pemberian nafkah kepada puan dgn cukup. Perkara boleh bawa bincang, bawa bincang dgn suami. Jika tak jalan, Adu pada abang puan yg juga kawan baik suami.

bincang.. nanti anak lahir decide la. tah la kalau sy sy tak mampu nak teruskan, belum pregnant dulu kalau dh ldr tanpa dia bg effort nk dtg jumpa tu mmg sy dh undur diri dulu. Janda bkn hina pn. kita nk ada laki yg blh jaga kita, kalau kena jaga diri sendiri baik lerrr single.

Hurmmm.. Susah juga kalau kai gaming nie.. Sebenarnya kalau sblm kawen dah tau mmg kena reject awl2.. Sbb mmg akan jadi 'tahi' gaming... Berdasarkan pengalaman kawan2... Tapi sis boleh cuba luah kan pada husband.. Cerita kat dia apa yg sis pendam.. Jgn tggu Lama2..

betul, antara benda yg ditanya la tu sblm kawen, main game tk. tak game langsung tu terus sejuk hati sbb adik2 ada yg main game mmg sekali menghadap pc hadap fon tu mmg berjam la jgn dikacau.. cuma, rezeki la kalau ada dapat yg main game, tp padai seimbangkan hidup.. tanggungjawab tak kelaut, tp game tetap jln

Sis buat keputusan lepas melahirkan anak, kami xda dlm kedudukan sis, kami hnya boleh bg pendapat. Perkahwinan masih awal dan rezeki pula dpt baby awal. Lelaki ni kdg kita dh xda bru dia tahu rasa cmne. Semoga urusan sis dipermudahkan.

Berbincang berdua dulu dgn suami sis. Jika masih tak boleh, bawa isu ni ke pejabat agama. Sis fikir dulu keputusan akhir sis sebaiknya. Pastikan keputusan terakhir sis dibuat bila emosi sis sudah sedikit tenang. Semoga urusan sis dipermudahkan 🥰

Mohon pergi kaunseling di pejabat agama. Bab nafkah benda wajib pun suami culas apatah lagi benda lain nt dh ada anak. Tolong jangan lembut hati sgt berkorban segalanya. Semoga sis dan kandungan sentiasa dlm peliharaan Allah.

First step suarakan pada suami. Ckp kt dia awak terasa hati & mcm dah tawar hati. kalau dia tak berubah, awak nk ke pejabat agama utk dptkan opinions or buat step seterusnya. Tengok dia berubah terus ke tak.

Yess, ada lelaki digertak baru jalan (mcm laki saya). For me rumahtangga tt ni masih boleh diselamatkan lg sebab tak melibatkan org ketiga, hanya obsession dia dgn game & effort kurang. Kalau dah melibatkan org ketiga susah sikit sebab hati & perasan dah kt manusia lain. Lagipun gertakan nk ke pejabat agama tu doesnt mean nk terus bercerai, kita nk dptkan khidmat kaunseling. Kalau suami tt masih syg tt, benda ni confirm boleh buat hidup dia tak tenang kejap & time tu la dia tunjuk effort utk selamatkan rumahtangga tu. Time ni tt come clean listkan apa tak puas hati & expect apa dr suami from this moment. Next time kalau berlaku lg tt bgtau apa yg tt buat. Kena tunjuk tegas sikit

husb awak nie kita nk kne ckp dgn dia. bru dia faham. sama lh mcm husb saya, kne ckp apa yg kita tk puas hati bru dia ubah sikit ii. klau saya diam je mmng tk jadi apa

Sentiasa diskas bgtau apa sis rsa dgn husben..org laki ni klau sis diam ja mmg dia rasa smua nya okay

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan