Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven Breastfeeding Specialist & Maternity Spa

Hi mommies yang dikasihi semua ! InsyaAllah pada 𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟬, jam 𝟯 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴; akan diadakan sesi soal jawab mengenai permasalahan bengkak susu sepanjang perjalanan menyusu anda bersama dengan yang pakar iaitu 𝘿𝙧.𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙉𝙪𝙧 𝘼𝙩𝙞𝙦𝙖𝙝 𝙆𝙖𝙪𝙣𝙨𝙚𝙡𝙤𝙧 𝙇𝙖𝙠𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙩𝙖𝙪𝙡𝙞𝙖𝙝, 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝 𝘽𝙤𝙣𝙙𝙖𝙝𝙖𝙫𝙚𝙣 𝘽𝙧𝙚𝙖𝙨𝙩𝙛𝙚𝙚𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙎𝙥𝙚𝙘𝙞𝙖𝙡𝙞𝙨𝙩 & 𝙈𝙖𝙩𝙚𝙧𝙣𝙞𝙩𝙮 𝙎𝙥𝙖. Pakar akan berinteraksi dengan anda secara langsung di ruangan komen bawah dan anda hanya perlu nyatakan sahaja kebimbangan anda dan nantikan jawapan terus daripada yang pakar pada 5 Ogos nanti. Soalan yang berkaitan sahaja yang akan dijawab dan yang tidak berkaitan akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven Breastfeeding Specialist & Maternity Spa
18 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sy dh 4kali bengkak susu. Sy sorg ibu yg fully ebm. Boleh sy tau cara yg betul utk surutkan bengkak susu? Sy ada mkn antibiotik dan tuam. Sy nk tau cara tuam yg betul. Panas atau sejuk? Tuam menggunakan kain atau masukkan air ke dalam botol lebih berkesan?

6y trước

Bila dah banyak kali terjadi mcm ni, kita kena kenalpasti punca bengkak susu ni terjadi dulu Puan. Saya cadangkan Puan jumpa breastfeeding counselor utk kenalpasti puncanya. Tuam sejuk dalam 20-30 min sebelum menyusu utk surutkan bengkak, kemudian dalam 5 min sebelum menyusu, tuam panas utk lancarkan aliran susu Wet compress atau guna kain yg dibasahkan lebih berkesan 😊