Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Hi Semua! Ramai yang tertanya-tanya dan tidak pasti bagaimana cara untuk bagi bayi makan buat pertama kalikan? Patutkah bagi buah-buahan dulu? Atau terus bagi bubur dan sayur-sayuran? Bolehkah si kecil makan makanan yang ada minyak dan garam? Apakah makanan yang paling ideal buat bayi yang pertama kali makan? Bagaimana nak ajar bayi makan solid dengan betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang makanan yang terbaik untuk bayi yang pertama kali makan bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician dan Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh pada 27 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Pantai Hospital Ayer Keroh.
6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Air masak wajib minum? cukup ke sekadar bagi setiap kali waktu makan( 3x ), utk bilas mulut bayi? bb sy 8bulan... dia poop ok...

1y trước

Selepas umur 6 bulan, bayi anda memerlukan sebanyak 2-4 oz air dalam satu hari. Apabila anak semakin besar dan makan lebih banyak, susu pun akan berkurang. Sekiranya jumlah susu berkurang, anak mungkin perlu minum lebih air.