Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Bagi ibu dan ayah yang baru sahaja menimang cahaya mata pelbagai perkara penting mengenai pengurusan bayi yang perlu dipelajari. Salah satunya menyendawakan bayi selepas menyusu. Namun, ramai ibu bapa yang mengalami masalah bayi kerap muntah walaupun sudah disendawakan. Adakah ia perkara normal atau ibu ayah perlu risau? Adakah teknik sendawa yang dilakukan tidak betul caranya? Apakah terdapat beberapa faktor yang mendorong bayi muntah selepas disendawakan? Jika bayi anda mengalami masalah yang serupa dan inginkan tips dan rekomendasi dari pakar, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Gejala Bayi Muntah bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh pada 12 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.