17 Các câu trả lời
Hi Dr. Sy ada beberapa persoalan. Sy sedang hamil 6 minggu. 1. Sy hamil anak ke-2 tapi berbeza betul dengan anak pertama. Mual dan letih sangat teruk berbanding yg pertama malah sudah bermula pada minggu ketiga. Ini menjejaskan prestasi sy di pejabat. Sy cuba untuk minum air putih banyak tetapi makin rasa nak muntah. Jadi, bolehkah sy minum air manis utk menghilangkan loya tersebut sambil minum 2L air sehari? 2. Sy juga tidak selera makan. Cuma mahu makan roti dan buah (apple wajib, kadang² ada Anggur, tembikai, rock melon dan guava) . Adakah cukup makanan tersebut untuk tumbesaran bayi sy? Sy juga kerap makan asam utk menghilangkan loya. Apakah effect pemakanan sy terhadap bayi sy? Kadang² kesian dekat baby sebab takut tak dapat nutrient secukupnya.
hi dr...sy skg mengandung 35w 4d...tp dh seminggu sy rasa perut sgt kerap mengeras 5-15 minit tp tidak teratur...bila saya berdiri, berjalan @ melakukan pergerakan automatik perut mengeras, diikuti rasa sgt sakit & ngilu dibahagian perut, pinggang, pinggul dan ari² sehingga terpaksa berpapah utk berjalan...tetapi simptom kesakitan ini akan berkurangan bila saya duduk berehat @ tidak melakukan pergerakan ... adakah ini normal @ salah satu tanda hampir bersalin?
Hi Dr.. anak sy berusia 3bln.. minum susu formula.. sering menangis mcm perut tak selesa dan susah nak buang air.. jadi sy tukar ke susu Similac tanpa laktosa.. najisnya berwarna hijau gelap.. smooth.. anak tidak menangis dan senang buang air.. cuma risau kerana warna najisnya. minta nasihat Dr adakah normal warna najis hijau gelap ni. Terima kasih
hai doktor sy nak tya sy hamil 31w,perut sy dibahagian atas kerap tegang dan keras tp ia nye tidak sakit.tegang waktu berjalan tp bila baring mengiring perut tidak keras/tegang.di bahagian bawah pulak tidak pulak mengeras.rasa lemak jer..UTK pengetahuan doktor sy obesiti.
hello dr. saya baru hamil 10 minggu. sejak masuk 8 minggu, alahan saya muntah2 walaupun makan dalam kuantiti sedikit. walaupun saya makan buah , saya tetap akan muntah. Dan saya mengalami sakit kepala yang kerap. apa yang perlu saya buat?
Dear Puan NS, pemakanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap and pemakanan buah-buahan sangat digalakkan dan adalah antara cara² yang disyorkan. Tetapi sakit kepala yang kerap adalah diantara tanda² dimana paras hydration puan bukan ditahap yang optimal. Walaupun ubat² tahan sakit kepala seperti paracetamol adalah selamat digunakan, nasihat saya adalah untuk minum air yang kerap dan banyak untuk pastikan status hydration puan adalah memuaskan. Puan dah ada symptoms ini untuk 2 minggu and sekiranya terdapat kehilangan berat badan yang melebihi 5%, nasihat saya adalah untuk berjumpa dengan doktor untuk penilaian status hydrasi puan. Alternative lain ialah untuk memantau urine ketone puan dirumah- sekiranya ketones adalah positive, ia bermaksud tahap hydration puan adalah tidak memuaskan and perlu mendapat rawatan dari doktor.
Hi doktor. Saya sedang mengandung 22 minggu. Dalam masa yg sama saya ada cyst 11cm X 5cm. Adakah saya boleh bersalin normal? Dan lagi satu possible kah uri baby akan bergerak ke atas? Masa scan uri kat bawah dan baby agak songsang.
hi Dr, boleh sharekan tips utk kekal bertenaga ? sy bekerja tapi sekarang early preg (currently 7w+) sy jadi tak lalu makan n minum. badan sy jadi cepat penat dan lesu.
No problem. All the best for your pregnancy
hi doctor normal ke bila berdiri perut rasa tegang, bila baring perut rasa lembut je. berdiri atau duduk bawah perut rasa lembut je. normal ke doc?
Hi Doc. Bayi sy menyusu badan + susu formula. Bayi sy tak berak sudah 6 hari tp Perut dia lembut. Normal ke bayi tak berak 6 hari? Maaf tanya doc..
Hello Doktor Muniswaran, Saya tidak pernah mengalami alahan yang teruk semasa kehamilan. Bagaimana saya mahu membantu ibu hamil yg mengalaminya?
Dear Puan Nuur I M H, bukan semua ibu akan mengalami alahan awal mengandung yang teruk kerana hanya 5-10% yang akan ada alahan teruk. Bagusla puan sihat tanpa alahan sebab alahan yang teruk, terutamanya kehilangan berat lebih daripada 5% berserta kehilangan zat² yang penting adalah tidak sihat untuk ibu mengandung. Puan Nur bole membantu ibu² lain yang rasa alahan pagi yang teruk ialah normal and tanda janin adalah sihat tetapi sebenarnya walaupun alahan yang ringan mungkin normal, alahan yang teruk adalah tidak normal and perlu dicegah dan dirawat. Puan bole membantu mengatasi mitos ini.
Camelia Arrissa