13 Các câu trả lời

Salam Puan. Saya baru saja bersalin setahun yang lalu. Sebagai ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, saya agak keliru tentang berpantang dan ada beberapa persoalan. 1) Perlukah ibu itu berpantang? 2) Berpantang tu maksudnya dari segi apa, makanan ke penjagaan tubuh badan ke? 3) Zaman sekarang ada berpantang secara tradisional dan ada secara moden. Mana satu yang perlu diikut? 4) Perlukah ibu selepas bersalin mengurut, bertungku, bertangas dan sebagainya lagi proses yang biasa dilakukan ketika dalam tempoh berpantang. Adakah ia satu perkara yang wajib/perlu dilakukan atau tidak, hanya sekadar satu cara melegakan badan setelah melalui proses bersalin. 5) Sekiranya ibu selepas bersalin tidak melalui proses berpantang dengan betul apakah kesan yang mungkin berlaku pada ibu. Terima kasih.

Terima kasih puan atas pencerahan 😊

1) bagaimana wujudnya istilah berpantang selepas bersalin? 2) apakah kepentingan berpantang? (since mostly only asians do it) 3) benarkah minuman berais/sejuk boleh effect ibu yg baru lepas bersalin? 4) makanan sejuk/berangin? dan benarkah boleh memberi kesan kpd anak yg bf? 5) mengapa tempoh berpantang hanya 44/60 hari? selepas dari tu? semuanya okay? 🤣 ibu takda kesan, dan anak bf pun takda masalah? ini persoalan yg paling saya tertanya tanya sebenarnya. 6) benarkan barut semasa berpantang boleh mengempiskan perut? bgaimana sekiranya sebelum ngandung dah mmg buncit? 7) sengkak rahim adalah dilarang oleh beberapa doktor pakar, tetapi apabila mengurut kononnya sengkak adalah satu kewajipan. why? 8) akhir sekali, masih relevan kah berpantang ini?

8. Berpantang masih relevan dan jika diamalkan dengan ilmu yang betul akan memberi kebaikan secara mental dan fizikal kepada ibu.

salam Puan. 1) Perlukan amalan berpantang? 2) Cara pantang macam mana yang terbaik? 3) Apa beza berpantang secara tradisional vs ilmu berpantang moden (dari perspektif doktor) 4) based on Doc yang well known di media sosial (tak nak sebut nama), katanya pantang tradisional tu tak perlu.Cukup dgn makan makanan berkhasiat, dptkan rehat seckupnya etc. 5) Apakah amalan bertungku, bertangas, sauna tu tak perlu semasa berpantang? jika dibuat, apakah kesannya? 6) bolehkah ibu berpantang menggunakan aircond sdgkan di rumah, dilarang tp di hosp dh tentu2 ada aircond.

Terima kasih cik masz atas perkongsian jelas. Sy suka nasihat pantang yg x ektrim dan mengambil kira pandangan perubatan dan emosi ibu2 ni.

Salam Puan, perlukah makan jamu semasa berpantang? apakah kandungan dlm jamu tersebut. Dulu sy berpantang tak makan jamu. Alhamdulillah badan sy kembali sihat hanya dgn berpantang jaga makan minum dan berstokin. Sbb ibu saya melarangnya. Pengalaman ibu saya mkn jamu buat susu badan panas san menyebabkan bayi pendarahan usus. Benarkah?

Waalaikumsalam.. Terima kasih atas soalan. Kandungan jamu adalah berbeza mengikut jenama/pengeluar. Pengambilan supplement/ubatan perlu mendapat nasihat doktor/ahli farmasi. Sekiranya ibu mendapat nutrisi yang cukup dari diet harian, tidak perlu mengambil supplement.

Salam puan, saya ingin bertanyakan amalan berpantang bagi wanita yang melahirkan secara pembedahan. Bagaimana cara untuk penjagaan luka dan cara untuk mengempiskan perut. Bilakah waktu yang sesuai untuk ibu memakai bengkung. Terima kasih.

Waalaikumsalam.. Terima kasih atas soalan. Amalan berpantang bagi ibu bersalin secara bedah adalah sama dengan ibu bersalin normal. Ibu hanya perlu elakkan makanan yang sememangnya memberi kesan elergi. Pemakaian bengkung adalah hanya selepas luka kawasan czer sembuh dan kering. Sekiranya luka masih basah/sakit, cuma sapu krim yang dibekalkan oleh doktor untuk mengelakkan jangkitan. Diet yang seimbang juga perlu untuk mengembalikan bentuk badan yang ideal.

TapFluencer

Soalan: Berapa max berat yang normal untuk turun semasa dalam pantang? takut tak sihat pula kalau terlebih banyak sangat turun berat dalam tempoh yang singkat.. dalam masa yang sama nak berat turun juga hihihi 🤭

Normal 0.5kg-1kg seminggu Kalau perlu turun berat lebih byk, ambil masa lebih lama. X semestinya mesti turun semua berat dlm tempoh pantang shj. Ada org cpt turun berat sbb diet ektrim kot. Ambil masa turunkn berat ni. Asalkan consistent dan selamat. Lgpn, bdn kita lain2. Xboleh ikut org..

TapFluencer

Salam puan Mas, Sekadar perkongsian. Pendapat saya, perkataan "pantang" membebankan saya dlm tempoh selepas bersalin. Saya suka guna "pemulihan". Lebih seronok mendengar, membaca & menyebut "pemulihan ".

Waalaikumsalam.. Terima kasih atas soalan. Istilah berpantang ini lebih mudah difahami ramai. Tujuan berpantang sememangnya untuk pemulihan.

TapFluencer

Hai. Puan, nak tanya menurut pengalaman puan. Benarkah jika ada makanan yang ibu makan semasa berpantang boleh menyebabkan bentan? Jika ya, apakah makanan yang perlu dielakkan? Terima kasih.

Hi.. Terima kasih atas soalan. Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang sememangnya terbukti memberi kesan sampingan/elergi kepada ibu. Setiap ibu adalah berbeza. Sekiranya terdapat makanan yang boleh menyebabkan ibu sakit, boleh elakkan.

TapFluencer

Saya baru sahaja bersalin anak pertama. Mengenai pantang, kenapa istilah pantang biasanya kena 44 hari ye?

Terima kasih atas soalan. Istilah ini adalah kepercayaan turun temurun. Dari segi psikologinya, amalan yang berterusan selama 40 hari boleh membentuk habit seseorang.

Perkara wajib ada ketika berpantang?

Terima kasih atas soalan. Perkara wajib semasa berpantang adalah penjagaan dari aspek mental dan fizikal. Ibu perlu mendapat sokongan emosi dari pasangan dan ahli keluarga. Selain itu, pengambilan diet seimbang juga penting

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan