Wajibke buka buku pink di klinik kerajaan?
Hi semua, saya nak tanya. Saya baru di sahkan mengandung isnin lepas and shockingly my pregnancy already 6 month..Saya tak ada apa2 alahan dan pernah banyak kali buat pregnancy test di klinik or buat sendiri tp dia tetap negative. Jadi isnin lepas sy pergi ke klinik swasta dan alhamdulillah di sahkan mengandung 6 bulan. Saya buat buku di klinik swasta(Klink Welness) sbb berdekatan dengan rumah dan sy and husband plan untuk bersalin di private hospital.Jadi adakah perlu untuk sy buat buku pink di klinik kerajaan. Ini 1st pregnancy sy dan perlu tunjuk ajar dari pakar2 semua.Terima kasih
Dreaming of becoming a parent