Induce untuk bersalin
Hi semua, saya induce on 38weeks, kemarin 6.30 pagi induce ubat dr bawah. Ada rasa contraction mcm period pain, doktor cek belum ada bukaan & petang kemarin dia tlg buat bukaan 2cm. Then tadi pagi, doktor cek bukaan baru 3cm. Dan dah book utk labour room, so tgh tunggu turn. Cuma sy musykil normal ke bukaan dah 3cm tp takde rasa any contraction? 😂 #firsttimemom #ingintahu #firstmom
sakit bersalin tak sama,setiap anak pun kadang ada bezanya. mcm sy,anak first sakit perut nak bersalin,dtg hosp terus bersalin sbb dah 9cm. tak lama pun gap masa sakit perut ke hosp,ambik masa lbh kurang 1 jam dr rumah ke hosp.anak ke 2 pula 2cm tak boleh tahan sakitnya,bersalin hari yg sama. anak ke 3 pun,3cm dah mcm nak tercabut pinggang tahan sakit,dan sama juga bersalin haritu juga. sbb tu sy ckp tak sama sakitnya. ada org baru 1cm pun dah sakit,ada juga dah 10cm pun masih relax lg.
Đọc thêmsaya induce ubat 2 kali masuk bawah.. dlm ward relax je, dh kena masuk LR masih relax, tp allahuakbar bila je lepas dh pecah air ketuban tu sakit dia tak tertahan, tak leh bincang.. induce masa 39w4d sbb takde tanda nk bersalin lg tp baby kecik masa 39w sama saiz masa scan 37w(stop membesar)
Normal. Bagi setengah orang pain tolerance tinggi. Macam saya dua kali bersalin induce drip. Tapi sampai sekarang taktahu sakit contraction tu macam mana. Sebab duadua baby saya cuma rasa urge nak teran je bila dah 10cm. Takde rasa pape selain dari tu. Saya takde amik sebarang pain management.
sy anak no dua dulu bukaan da 9cm xrasa pape lagi😅 lepas buang air besar ketuban pecah terus sakit tak ingat dunia😂 xperasan langsung da nak beranak .. yg kalini sy gdm on dc taktau laa mcm mana bersalin nnti😅 semoga Kita semua dipermudahkan urusan bersalin ya .. Aaaaaminnnn 🥰
Sy induce bawah 2x + belon 1x bukaan 3 cm jga..Last masuk LR pecah ketuban + drip sakitnya tu rasa nak tercabut palang katil hospital tu sy pegang. Tapi tak da penambahan bukaan selepas 8 jam menahan sakit. Last sekali terpaksa emergency czer.😩😩
Normal awak. Mungkin rasa contraction tu bearable untuk awak. Macam saya 6cm pun tak rasa apa2 😅 Alhamdulillah tapi disebabkan poor progress gynae drip induced untuk cepatkan bukaan. Semoga selamat melahirkan 🌹
normal sis,sya pon bru2 ni mcm tu bukaan dh 3cm tpi contraction anti kat dlm labour room dorang akan bgi ubat utk cepat kan bukaan tpi contraction sangat sakit time tu tuhan sje yg tau sakit nye mcm mana.
Sy pun induce haritu 2 kali.. Yg pertama tak sakit langsung.. 6 jam lepas tu doktor pecahkan air ketuban lepas tu terus sakit dia tak boleh bawa bincang dah..terlampau sakit😭
normal je. saya anak no 4 ritu cmtu. induce bwh mlm tu tak rasa apa. cek 3cm pagi tu, tmbah induce drip pkul 8.30 am, pkul 10 lebih bersalin
Sye induce je trus rasa contration ..sebelum induce bukaan 4 cm dh induce trus naik 8cm tpi skitnya hujung”nyawa😅