Saya first mom, cara tidur baby
Hi semua, maaf sy nak tanya macam mana mommy semua tidurkan baby waktu malam ye? Ni masalah pertama. Baby sy 3 bulan lebih nak masuk 4 bulan. Sy mnyusu badan direct feeding. 3 hari ni baby sy waktu malam tiap kali myusu lama bngun terus nangis. Selalunya selepas mnyusu lama dia akan trtidur & sy terus letak tidur sebelah dia. Tapi kali ni terpaksa guna buai, lepas 1-2 jam dah lena tenang baru angkat tidur dgn sy tu pun kne tepuk2 lagi sbb dia gerak2. Masalah kedua. Sy juga mmg diajar dgn mak mertua bedung baby dari awal, dalam buai pun bedung. Cuma buka bedung masa main, tiap kali nap siang & tidur malam mmg bedung. Sy cuba buka bedung bagi dia tidur dalam buai tapi dia macam nak pusing dalam buai tu takut sy 🤣 ke mmg camtu hahah adui. Waktu siang sy mmg guna buai, waktu malam je dia tidur dgn sy. Dulu sy mmg tkde ilmu tenangkan baby sbb baby sy high demand, nangis kuat sangat & susah tidur. tu suami terus beli buai mudah sy masa pantang. Anak sy pun dah pandai nak cuba bangun & pusing.. sy mmg nak belajar tidurkan anak sy dgn cara betul. Nak tanya juga mommy waktu nap siang tutup langsir bagi bilik gelap tak? Mommy boleh share pengalaman? Terima kasih semua ☺️ #firstbaby #firstmom #pleasehelp