Kongsikan Resepi & Mungkin Resepi anda akan berada di sini!

Hi semua evening🥰🤗 Min tau sangat ramai dalam ni hebat bab-bab memasak ni kan?🍝🍳🥢🧄🥥🧂 Suami ke isteri ke baru kahwin ke dah lama ke, mesti ada bakat-bakat terpendam orang kata🤭 Jom 𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐫𝐞𝐬𝐞𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 dengan kami mengunakan #masakwithTAP di ruangan komen bawah! 👨‍🍳👩‍🍳😍 Mungkin resepi anda yang akan kami siarkan di Facebook serta Instagram page kami sepanjang minggu!😉 Jangan lupa masak dengan hati & #masakwithTAP !

Kongsikan Resepi & Mungkin Resepi anda akan berada di sini!
6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Super Mom

#masakwithTAP Bihun Sup Utara (Sup Tulang) Bahan bahan 1 peket bihun 1 sudu kunyit Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis.. Bahan2 Sup Tulang 1kilo tulang dicampur sedikit daging 2 batang serai ketuk Halia lebih kurang 2 inci diketuk 4 ulas bawang putih ditumbuk 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk 1 batang kulit kayu manis Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar 3 bunga lawang 4 biji buah pelaga Sedikit batang daun sup Air secukupnya Masukkan semua bahan bahan didalam periuk.. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.. ***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa.. Bahan2 cabai merah Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk Asam keping atau air asam jawa atau cuka Garam Gula Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula. Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun Daun bawang Daun sup Lobak masin Bawang goreng Selamat mencuba😊😊 Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning😁

Đọc thêm
Post reply image
4y trước

Sedapnya kalau hujan-hujan pekena bihun sup Utara macam ni🤤 Goodluck mommies! Jangan lupa share lagi resepi menarik ya sepanjang minggu ni😉

Super Mom

#masakwithTAP Bebola Keju Cepat ,Mudah & Sedap 🧀 3 biji kentang sederhana besar (500gram++) 🧀 4 sudu besar tepung gandum 🧀 1 sudu besar serbuk lada sulah 🧀 Garam secukupnya 🧀 mozzarella block cheese dipotong dadu secukupnya 🧀 serbuk roti secukupnya ( utk salutan) 🧀 3 biji putih telur ( utk salutan) Cara-cara : 1) rebus kentang hingga empuk. 2) lenyekkan kentang semasa panas dengan lada sulah & garam. 3) tambahkan tepung gandum. Gaul lg hingga sebati. Biarkan sejuk 4) sudukan kentang Yang telah lenyek tadi (agak² aje besarnya) bulat² kan & letakkan mozzarella cheese block. Bulat2 kan semula. Pastikan cheese ditutup sepenuhnya dgn kentang 4) telur putih dikocak² hingga berbuih. Celupkan bebola cheese tadi kedalam putih telur, selepas itu golekkan keatas serbuk roti pula. Golek hingga bebola bersalut elok. 5) ulang semula,celup kembali bebola kedalam putih telur & golekkan atas serbuk roti. Proses celup & golek ni sebnyk 2 kali utk dapatkan salutan Yang tebal & extra rangup. Ianya utk mengelakkan cheese terkeluar semasa proses menggoreng ye. 6) ulang sehingga adunan kentang habis. 7) simpan dalam chiller selama 2jam. 8) goreng dgn api yang perlahan,, tp pastikan minyak betul2 panas baru masukkan bebola keju. Klu api besar, cheese tidak mencair, tp luarannya dh rentung😇

Đọc thêm
Post reply image
Super Mom

#masakwithTAP Ayam serai bersantan 😋 Bahan-bahan: Ayam 1.5kg dipotong kecil 1 biji santan 7-8 batang serai* (kene ade rasa serainya) 2 biji bawang besar* 5 ulas bawang putih* 10-15 biji cili kering direndam (jika nak guna cili hidup pun boleh!)* 3 inci halia* 2 batang serai diketuk (optional) 1 keping asam keping Gula secukupnya Garam Cara-cara: 1.goreng ayam. Angkat dan ketepikan. 2.kisar bahan * dengan sedikit air. 3.panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai. 4.masukkan gula ( letak dalam 5-6 sudu)+ garam. Kacau. Seimbangkan rasa manis masinnya. 5.bila agak kering, masukkan ayam. Kacau. Biarkan seketika. 6.masukkan santan. Kacau. Biarkan seketika. Siap!.

Đọc thêm
Post reply image
Super Mom

Nikmatnya kalau dpt mkn Puding jagung yg sejuk pd waktu ptg 💞 Bahan-bahan yang diperlukan adalah: 1 cawan gula 1 cawan susu cair 4 cawan air 1 1/2 cawan tepung kastard 1 tin jagung krim Secubit garam Mari lihat cara untuk membuatnya: 1. Campurkan kesemua bahan di dalam periuk. 2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. 3. Setelah semua bahan telah sebati, letakkan periuk di atas api yang perlahan. 4. Pastikan anda sentiasa mengacau puding sehingga puding menjadi likat dan pekat.. 5. Selepas puding sudah pekat, masukkan puding ke dalam acuan pilihan anda dan sejukkan untuk beberapa jam. Hidangkan sejuk2 pasti semua suka. 😘

Đọc thêm
Post reply image
Super Mom

#Masakwithtap Peria katak deep fried Bahan-bahan: 1. Peria katak dipotong bulat2 2. serbuk kari 3.Serbuk kunyit 4.Garam Cara memasak: 1.Gaulkan peria katak bersama bahan2 yg lain.Tak perlu campur air. 2. Perap seketika sambil panaskan minyak dalam kuali. 3. Goreng sehingga rangup.

Đọc thêm
Post reply image
4y trước

Sedapnyaaaa makan mcm tu je pon sedap ni😋

Sya pandai masak simple2 jer,goreng2 dan Tumis2 sayur😂

4y trước

Pon boleh join jangan risau! Just sharekan gambar Masakan dan resepi di ruangan komen ni ya😉