Banyakkan susu badan
Hi semua. Ada tips utk banyakkan susu badan? #firstmom

Kerapkan offer pada baby.. sebab secara semulajadi akan stimulate kelenjar susu utk hasilkan lebih banyak susu. Lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu dihasilkan. Dan sebenarnya mood juga memainkan peranan. Jadi masa susukan baby tu pastikan ibu dalam keadaan bertenang dan sentiasa rasa gembira utk susukan baby. Jangan lupa minum air yag secukupnya. Saya berjaya susukan kedua2 anak sehingga genap 2 tahun dan bersama2 anak kedua masa tu ada seorang anak susuan (anak adik ipar) kerana ibunya kanser darah. Alhamdulillah anaknya menyusu sehingga setahun 3 bulan dan tak de sebarang booster yg saya amalkan kecuali menyusukan dgn penuh kasih sayan kepada kesemua anak2 ini. Alhamdulillah Allah juga kurniakan rezeki untuk anak susuan saya.
Đọc thêm