Ujian kehidupan dan bersyukur
Semalam saya ke kedai eco rm2 , tengah jalan2 ternampak pasangan suami isteri tgh belek2 botol susu ... Si isteri mungkin pregnant dalam 7-8 bulan mcm tu , saya tgk je gelagat pasangan tu ... Diorang banyak borong botol susu , mungkin nak buat stock utk baby atau buat stock simpan susu badan ... Terdetik dalam hati , saya dan suami juga sedang susah sekarang nak stabilkan hidup dari segi kewangan , saya juga pregnant 8 bulan ... Tapi masih mampu sediakan botol susu yang berkualiti utk baby walaupun tak seberapa nilai nya ... Bila tgk pasangan suami isteri tu , saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya dan suami walaupun hanya Allah yang maha tahu keadaan kami yang sebenarnya ... Ada lagi bakal ibu ayah yang diuji lebih hebat berbanding kami ... Saya doakan ibu2 yang hamil yang tgh susah dari segi kewangan , diberikan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah swt ... Moga Allah jadikan kita ibu yang kuat dan hebat .. Dan moga Allah ampunkan dosa2 kita dan jadikan kita hambaNya yang lebih beriman insyaAllah ❤
instagram @amiruliiya TikTok @amiruliiya