Selamat Sejahtera Semua!
Setiap ibu hamil pasti akan lalui pengalaman kontraksi sewaktu hamil, lagi-lagi di trimester ketiga. Tetapi ramai juga bakal ibu yang masih bingung dengan istilah braxton hicks / kontraksi palsu / kontraksi sebenar.
Pernah tak anda terfikir apakah perbezaan antara braxton hicks dan kontraksi sebenar? Perlukah risau jika braxton hicks kerap berlaku? Adakah braxton hicks bermaksud laluan jalan sudah mula terbuka? Bagaimanakah sakit kontraksi sebenar? Adakah ia sama seperti braxton hicks?
Jika anda mempunyai banyak soalan tentang ini, jom tanya soalan anda tentang perbezaan “Braxton Hicks” vs “Kontraksi Sebenar” bersama Dr Siti Nor Raha Tuhaijian, Chief Resident di Klinik Siti pada 23 Disember 2022, hari Jumaat.
*NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.